“Patutnya Dah Tahu Dia Kaki Pusing Cerita” – Sarah Menyesal Tak ‘Record’ Video Masa Berbincang Dengan Syamsul

Hiburan

“Patutnya Dah Tahu Dia Kaki Pusing Cerita” – Sarah Menyesal Tak ‘Record’ Video Masa Berbincang Dengan Syamsul

Pelakon, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal kerana tidak merekodkan video perbualannya bersama suami, Syamsul Yusof ketika berbincang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Sarah telah mencadangkan kepada Syamsul untuk turut merekodkan perbincangan tersebut bagi tujuan rujukan semula.

Advertisement

Malah, pelakon berusia 37 tahun itu juga menjelaskan tujuan rekod video adalah supaya menjadi simpanan agar tiada perselisihan faham atau tersalah kata dan sebagainya.

Bagaimanapun, Syamsul dilihat tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh isterinya kerana menganggap perbincangan itu cukup hanya ditulis pada kertas.

Susulan itu, Sarah mengakui menyesal kerana dia sepatutnya sudah mengetahui tentang perangai pengarah filem Mat Kilau itu yang disifatkan sebagai ‘kaki pusing’.

Menyesal tak record video masa discussion malam tu. I should have known kaki spin pusing cerita.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu reda dengan perkara yang sudah berlaku namun berkongsi bukti perbualan mereka di aplikasi WhatsApp.

Takpelah, bulan Ramadan, Allah ada untuk jaga saya dan anak-anak.

sarah

Terdahulu, Syamsul membatalkan hasrat untuk melafazkan cerai terhadap Sarah kerana mendakwa isterinya telah menghantar syarat dan terma perceraian baharu yang bertentangan dengan apa yang dipersetujui sebelum ini.

Namun, Sarah menegaskan bahawa dia tidak pernah berjanji untuk menarik semula kes saman terhadap keluarga madunya, Ira Kazar semasa perbincangan tersebut dilakukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah Liyana Syamsul Yusof
1 year ago

"Saya Minta Kes Ira Kaza Ditarik Balik, Dia Tak Nak, Fitnah Saya" - Syamsul Yusof Dakwa PS Putar Cerita, Tukar Perjanjian Perceraian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...