“Patutlah Tak Nak Selfie!”, Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Bertemu ‘Scammer’ Di Vietnam

Travel

“Patutlah Tak Nak Selfie!”, Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Bertemu ‘Scammer’ Di Vietnam

Negara Vietnam antara negara yang selalu menjadi lokasi pilihan untuk bercuti rakyat Malaysia. Lagi-lagi untuk mereka yang kaki ‘shopping’ kerana di sana memang barang yang dijual murah-murah. Tapi tak sangka percutian yang dirancang bertukar menjadi mimpi ngeri untuk pasangan ini.

Saya cuba kongsi pengalaman buruk pada trip saya pada tahun 2016.

vietnam

Kredit: Facebook

Inilah trip pertama kali kami ke Vietnam dan ini ‘unplanned trip’. Beli tiket return, dan hanya beli hotel sehari dua sebelumnya. Tiada plan langsung untuk cari itinerary atau tourist guide. Acah-acah backpackers betul.

Advertisement

Selesai check in, saya dan isteri turun periksa kawasan sekitar dan survey lokasi untuk dilawati hari seterusnya. Pengalaman kami, kawasan sekitar vietnam tak sama macam di Indonesia atau negara Asia yang lain. Dengan bau dan makanan yang tak berapa sedap di tekak melayu ni, pertama kali rasa datang dan terus rasa nak balik pada hari yang sama.

vietnam
Tapi kami gagahkan diri untuk hari seterusnya. Kami disapa oleh seorang pakcik yang bermotosikal dan dipelawa untuk ronda-ronda sekitar bandar Ho Chi Minh. Oleh sebab pertama kali sampai,rasa nak cuba tapi kami biasa tanya harga dulu.

Nampak baik.

“How much for the trip ?”
“Around RM60”

Beliau pun tunjuk ada beberapa buku testimoni dari rakyat Malaysia yang lain yang dia bawa. Gambar cantik semua orang happy ja. Nampak berbaloi, saya dan isteri setuju untuk bonceng dengan mereka. Pengalaman baru ni. Dua motor baru rm60 untuk pusing bandar untuk tengahari. Pertama kali pusing bandar jadi pembonceng.

Naik motor kan murah, jadi pembonceng je pun. Dapat setel semua best spot dekat Ho Chi Minh. Kami di bawa melawat beberapa tempat yang wajib pergi di Ho Chi Minh seperti St Mary Cathedral,Post Office Saigon dan Museum War. Sekitar jam 1 tengahari kami dah habis pusing.

Tapi kami try ajak selfie dengan ‘pakcik’ tu tapi dia asyik tolak. Katanya “agama” yang tak bagi. Pelik.

vietnam

Kredit: Facebook

Kami dibawa di tempat yang agak jauh dari bandar untuk minum kopi vietnam katanya dan tempat last untuk trip. Kami pun tulis lah testimoni yg baik dekat buku. Akhirnya dia minta untuk bayar dia RM600.

“RM600 untuk 2 orang??”

Memang kami terkejut. Dia kata RM60 tu untuk sejam. 5 jam jadi rm300 untuk 1 motor, 2 motor total RM600. Kenapa tak cakap awal-awal dengan lagi details? Dia senyap dan bagi macam-macam alasan.

Memang panas, marah, bengang, tak puas hati semua ada. Masa tu dekat kawasan yang memang asing dan jauh dari hotel. Sambil bincang dia asyik tengok barang kemas isteri (walaupun pakai cincin kahwin). Rasa nak lari tapi tak berani nak buat kacau di negara orang.

Terus terang saya kata kat pakcik tu, ada RM300 je. Selepas nego selama 1 jam, baru dia setuju. Akhirnya kami dibawa ke hotel dengan berhuhuhu. Trip separuh hari untuk dua orang dah RM300.

Rupa-rupanya ramai yang mengalami pengalaman yang sama di ‘scam’ ketika bercuti di Vietnam. 

facebook
facebook
Baru-baru ini diumumkan, pasar Vietnam pertama akan dibuka di Malaysia. Nampaknya, anda tak perlu bersusah payah lagi untuk terbang ke sana selepas ini. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Artikel berkaitan: Pasar Vietnam Pertama Di Malaysia Bakal Dibuka Pada Mac 2020 Ini

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...