Patutlah Ramai Yang Susah Nak Kurus, 5 Perkara Ini Memang Selalu Buat Lepas Makan!

Trending

Patutlah Ramai Yang Susah Nak Kurus, 5 Perkara Ini Memang Selalu Buat Lepas Makan!

woman-with-measuring-tape.jpg.653x0_q80_crop-smartLima perkara ini sebenarnya selalu kita buat. Tapi ramai tak tahu ia sebenarnya menyebabkan anda susah nak kurus walaupun dah jaga makan.

Ini juga faktor lemak di bahagian perut makin bertimbun dan tubuh rasa lemau. Jadi lepas je makan jangan lakukan 5 perkara ini!

Advertisement

1. Buka butang seluar atau tali pinggang

Bila kenyang, mesti korang akan buka ikatan di pinggang untuk rasa selesa. Tapi sebenarnya tindakan ini buatkan otot perut anda kendur dan perut makin buncit.

2. Tidur

Perut kenyang buatkan mata mengantuk. Tidur lepas makan melambatkan proses pencernaan dan buatkan perut kembung. Kalau nak tidur, pastikan dua jam selepas makan.

3. Mandi

Elakkan mandi selepas makan. Mandi selepas makan akan menurunkan suhu badan dan menurunkan proses metabolisme. Ia juga melambatkan proses pencernaan yang berisiko untuk menggemukkan tubuh.

4. Senaman berat

Hati-hati, senaman berat selepas makan boleh meningkatkan suhu dalam tubuh dan tekanan darah. Ia akan menyebabkan sakit perut dan kekejangan.

5. Merokok

Merokok selepas makan akan meningkatkan kadar asid dalam tubuh. Kadar asid tinggi mengganggu proses pencernaan dan risiko penambahan berat badan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.