“Patutlah Kucing-Kucing Di Medan Selera Ni Agak Cantik Bulu Dia”

Trending

“Patutlah Kucing-Kucing Di Medan Selera Ni Agak Cantik Bulu Dia”

Sejak kewujudan media sosial kita dapat lihat bebarapa kumpulan dan individu yang aktif dalam menjaga kebajikan kucing terbiar. Ada yang dikenali dan ada juga yang menjalankan aktiviti mereka secara persendirin.

kucinghelpersSeorang pengguna Facebook telah mengongsi beberapa gambar seorang wanita dan seorang pengawal keselamatan bersama-sama memberi makan kepada kucing-kucing terbiar di Putrajaya.

Advertisement

Patutlah kucing-kucing di medan selera ni agak cantik bulu dia.

Ketika saya tengah sarapan di medan selera ni, tetiba dari kejauhan nampak seorang wanita berjalan dengan satu beg besar.

Pakcik guard sambut kedatangannya, dia hanya sibuk bertelefon.

Kucing-kucing sudah sibuk mengelilingi mereka. “Wowww, apa ni?”, bisik saya yang sedang menghirup kopi panas bancuhan Mamak.

Wanita itu mengeluarkan sebuah bekas kuning diberi pada pakcik guard tersebut..

Wah, mulianya! Ralit saya tengok. Bukan saya saja, kejadian ini mencuri pandangan orang yang sedang makan di situ.

Seekor lagi kucing berlari menuju mereka.

Ceritanya: saya dah temubual pakcik guard itu tadi. Setiap hari, ya saya ulang setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad wanita ini akan membawa ikan rebus untuk kucing-kucing tersebut. Juga saya nampak sebekas biskut kucing diberi pada pakcik tersebut.

Ya, saya yakin wanita ni keluar sekejap dari pejabat dia untuk memberi makan kucing. Bukan macam kami yang lain ni. Keluar untuk beri perut kami makan saja. Hmm.

Yang bagusnya sangat lagi, pakcik ini berusaha mencari semua kucing-kucing di seluruh medan selera ni dan beri ikan rebus tersebut.

Wah, mulianya usaha mereka.

Salute saya pada mereka berdua.

Semoga kita pun dapat berbuat sesuatu amal yang sebegini insyaallah

Kepada kakak dalam gambar ni, maaf ya sebab saya ambil gambar kakak. Tapi sebab usaha kakak murni dan patut diambil pengajaran oleh semua orang. Kan? Kan?

Peristiwa berlaku di medan selera Presint 16, Putrajaya.

14183857_1826491597572761_1238170817406948907_n14222148_1826491584239429_7166805171639701613_n14225607_1826491610906093_716705516652795776_nUsaha mereka berdua memang terpuji kerana membantu menyelamatkan haiwan-haiwan ini dari kelaparan. Tahniah diucapkan dan semoga Allah membalas jasa kamu berdua dengan berlipat ganda. –amazingnara.com

Sumber: ESQE HODA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...