Setiap minggu konsert Gegar Vaganza pastinya ada yang menjadi perhatian dan pada minggu kelapan baru-baru ini, bukan peserta tetapi kasut pengacara yang menjadi sebutan.
Menerusi Twitter, seorang individu berkata dia tertarik dengan kasut yang digayakan Nabil Ahmad pada konsert tersebut. Nabil dilihat memakai Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 bersama sut berwarna oren.
Tidak berhenti di situ, dia kemudian terus melakukan ‘siasatan’ untuk mencari harga kasut tersebut di pasaran. Menerusi tweet itu, netizen berkenaan mendedahkan kasut dipakai oleh bapa anak tiga itu berharga USD 2833 (RM11,919.85)!
Patutlah aku perati kasut Nabil ni cantik semacam je.”
Patutla aku perati kasut Nabil kat #gegarvaganza2021 ni cantik semacam je. Rupanya harga dia RM11,919.85 (USD2833) ?#jordanair1retro pic.twitter.com/Vy8vOB29f7
— Harman Harison ?? (@HarmanHarison) January 9, 2022
Bagi penggemar kasut sememangnya mereka akan tertarik dan sudah tentu Air Jordan dipakai oleh Nabil menjadi perhatian ramai penonton. Malah, Nabil sendiri pernah berkata dia seorang yang suka mengumpul kasut jadi tidak hairanlah dia memiliki banyak kasut mahal dan keluaran terbaru.