Bantal busuk ini sememangnya tidak asing lagi dengan kanak-kanak. Kemana-mana pergi, pasti dikendongnya sekali bantal busuk tu kan.
Realitinya, bukan kanak-kanak je yang ada bantal busuk, orang dewasa pun sama. Ada tu sampai tak tenanglah tidur tanpa pelukan bantal busuk. Ha sampai macamtu sekali penangan dia.
Kali ini, Dr Redza Zainol akan berkongsi kesan buruk jika kita biarkan bantal busuk tak berbasuh. Eh ada ke yang peram sampai bertahun?
“Pernah basuh bantal ni?” saya tunjuk pada bantal yang si kecil tengah peluk.
Maknya geleng saja.
Warna bantal tu coklat dan bercapuk. Boleh jadi dah bertahun tak dibasuh. Tak berani saya nak datang dekat, takut tak lalu nak makan malam pula.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) March 1, 2021
Dalam perkongsian beliau, Dr Redza turut memberitahu sebenarnya tak salah jika kita nak ada bantal peluk, tetapi kenalah basuh selalu. Kebersihan pun kena jaga ya.
Tambahnya, perbualan Dr itu dengan seorang ibu mendapati anaknya tidak membasuh bantal itu sehingga kelihatan coklat dan bercapuk.
“Kalau macam ni gayanya, patutlah anaknya asyik masuk ke wad sebab demam dan batuk. Bantal tu dah jadi sarang bakteria”
Tambahnya, ada beberapa fasa mengenai bantal busuk yang ibu-bapa perlu tahu.
1) Bantal busuk selalunya mula ada sejak usia 8-12 bulan.
2) Hanya bersifat sementara.
3) Kanak-kanak boleh mula berenggang dengan “bantal busuk” pada usia 2-5 tahun.
Ada 1 kajian dibuat, si kecil usia 3 tahun yang diletak di rumah pengasuh selama seharian akan cenderung untuk ada bantal/ selimut/ patung busuk berbanding mereka yang cuma pergi selama separuh hari.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) March 1, 2021
Jika anak tak mahu berenggang dengan bantal busuk sehingga mencecah usia 5 tahun, peluklah mereka dan berikan perhatian setiap hari.
Perkara ini sangat penting ya supaya anak tak bergantung dengan bantal busuk sepanjang masa. Barulah ada bonding dengan family.
Untuk banyak lagi perkongsian dan ilmu menarik, boleh juga baca di laman yang dimuatnaik Dr Redza. Semoga bermanfaat ya.