“Patutla Ramai Yang Sayang..” Fasha Sandha Dedah Sikap Alvin Chong Di Set Penggambaran

Hiburan

“Patutla Ramai Yang Sayang..” Fasha Sandha Dedah Sikap Alvin Chong Di Set Penggambaran

Kali pertama bergandingan bersama, Fasha Sandha menerusi satu hantaran di Instagram miliknya telah mendedahkan sikap sebenar pelakon baru iaitu Alvin Chong ketika berada di set penggambaran.

View this post on Instagram

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

Ujar Fasha, sikap Alvin yang baik dan berbudi pekerti telah membuatkan dirinya berasa kagum dengan pelakon berbangsa cina itu.

Tambah ibu kepada tiga orang anak ini lagi, dia sama sekali boleh menyangka mengapa ramai artis yang menyenangi sikap Alvin ketika berada di set.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Advertisement

“Patutlah ramai sayangkan dia, baik budi orangnya, pandai bawak diri, dan pandai menghormati. Dia antara pelakon junior yang saya kagumi. Bukan saja berbakat, juga mempunyai personaliti yang baik..”

Dalam hantaran yang sama, Fasha turut berkongsi mengenai projek terbaru bersama-sama Alvin di mana pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu membawa watak ‘anak ikan’ kepada Fasha.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Hari ini pertama kali saya bertugas dengan Alvin. Dia jadi watak anak ikan saya..” tulisnya di bahagian kapsyen foto yang dikongsinya itu.

Terdahulu, Fasha kini kembali aktif selepas berehat lama usai saja melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira pada 7 Ogos 2020 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...