“Patut Selalu Rosak..” – Beli Kereta Terpakai Tempatan, Wanita Rusia Kecewa Rupanya Odometer Dah Kena ‘Adjust’

Kehidupan

“Patut Selalu Rosak..” – Beli Kereta Terpakai Tempatan, Wanita Rusia Kecewa Rupanya Odometer Dah Kena ‘Adjust’

Boleh dikatakan kereta merupakan satu keperluan utama untuk seseorang supaya mudah bergerak ke mana-mana, bahkan pelancong yang tinggal lama juga kini sudah mula membeli kereta terpakai untuk kegunaan harian.

Namun begitu, seorang individu daripada Rusia yang bernama Tanya berkongsikan pengalamannya ditipu oleh penjual kereta terpakai di Malaysia.

Advertisement

Wanita Rusia tertipu ketika beli kereta terpakai di Malaysia

Menurut wanita itu, dia telah membeli kereta terpakai berjenama Suzuki Grand Vitara model 2011 sebaik berpindah ke Malaysia dan kereta itu dibeli sekitar harga RM19,000 serta memaklumkan jumlah jarak sekitar 155,000 sahaja.

Dengan harga yang ditawarkan, Tanya merasakan ia sangat berbaloi dan tidak berfikir dua kali untuk membeli kereta berkenaan, lagi pula kereta masih dalam keadaan yang bagus kerana dijaga baik oleh tuan empunya badan.

Bagaimanapun, kegembiraan selepas miliki kereta tersebut semakin pudar selepas dia mengesan bunyi pelik yang dihasilkan daripada kereta terbabit, malah lebih teruk kereta itu akan berhenti secara mengejut di tengah-tengah jalan.

Rupa-rupanya odometer dah kena ‘adjust’..

Tanya memaklumkan dia tahu masalah tersebut tidak datang daripada wear atau tear semata-mata dan turut mendedahkan berhabis lebih RM5000 untuk perbaiki kereta terbabit.

Bertindak untuk memanggil mekanik, alangkah terkejutnya wanita itu selepas mengetahui jarak yang dipamerkan pada odometer itu sebenarnya sudah mencecah lebih 250,000km.

Saya ingat penipuan mileage hanya benda yang berlaku di Rusia sahaja tetapi rupa-rupanya di sini juga sama sahaja.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita terbabit kerana alami hal sedemikian ketika membeli kereta terpakai di Malaysia.

4 hours ago

Pemilik Restoran Puji 'Uncle' Belanja 30 Ketul Ayam Goreng Setiap Hari Untuk Kucing Jalanan - "Insan Yang Sebenarnya 'Kaya'.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...