Baru-baru ini, di laman X, seorang individu meluahkan rasa bimbang mengenai kenaikan bayaran yang perlu dikeluarkan jika mahu mengambil lesen memandu kereta (kelas D).
Lesen memandu harga RM2500!
Kata individu terbabit, bayaran sebanyak RM2,500 itu adalah jauh lebih tinggi berbanding gaji minimum pekerja di Malaysia dan ia menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.
Sapa yang menormalisasi harga lesen memandu sampai RM2.5k++. Lagi mahal dari gaji minimum??! Patut la ramai beli lesen, or takde lesen langsung.
Idk who need to control this outrageous but hello @anwaribrahim do something??
— ’ (@nabilfikran10) May 18, 2024
Bahkan, dia meminta agar Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan mengenai isu ini.
Netizen tidak berpuas hati
Susulan ciapan tersebut telah tular, terdapat beberapa netizen yang lain menyuarakan kebimbangan mereka bahawa kenaikan bayaran mengambil lesen memandu ini menjadi beban besar buat mereka yang tidak mampu.
Malah menegaskan, lesen memandu ini merupakan prasyarat untuk mendapatkan pekerjaan dan kenaikan harga ini menjadi penghalang besar untuk masyarakat.