“Patut Pihak Sebelah Jadi Menantu Kesayangan Bukan PS!” – Kesian ‘Pihak Sebelah’, Puteri Sarah Diminta Jauhkan Diri Dari Mentua

Hiburan

“Patut Pihak Sebelah Jadi Menantu Kesayangan Bukan PS!” – Kesian ‘Pihak Sebelah’, Puteri Sarah Diminta Jauhkan Diri Dari Mentua

Seperti diketahui ramai, minggu lalu, pentas Sepahtu Reunion Live dimeriahkan dengan kemunculan Datuk Yusof Haslam sebagai cameo jemputan, manakala menantunya, Puteri Sarah adalah tetamu jemputan.

Dapat dilihat, hubungan Sarah dan bapa mentuanya itu sama sekali tidak kekok biarpun sudah bercerai dengan Syamsul Yusof.

Advertisement

Biarpun hubungan mesra mereka diterima baik, tetapi ada komen seorang individu ini telah mencuit hati pelakon terbabit.

Individu yang bernama Amirah itu meminta agar Sarah jauhkan diri dari keluarga mentua demi ‘pihak sebelah’, memandangkan aktres terbabit tidak lagi memegang status ‘menantu’.

Bahkan, dia turut berkata sepatutnya ‘pihak sebelah’ yang menjadi menantu kesayangan Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah, bukannya Sarah lagi.

Sarah yang membaca komen tersebut tergelak dan memohon agar individu terbabit tidak terlalu busuk hati dengan kegembiraan orang lain.

yusof haslam sepahtu reunion
8 months ago

"Ira Kazar Is Shaking" - Muncul Dalam Sepahtu Reunion, Yusof Haslam Beri Amaran Jangan 'Ngorat' Puteri Sarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...