“Patut Panggil Bini View Chin, Bukan Sampah Ni” – Buat ‘Live’ Dengan Mira, Aliff Syukri Dituduh Ambil Kesempatan

Kehidupan

“Patut Panggil Bini View Chin, Bukan Sampah Ni” – Buat ‘Live’ Dengan Mira, Aliff Syukri Dituduh Ambil Kesempatan

Sekarang ini, gerak geri influencer Amirah Firdaus boleh dikatakan sering menjadi perhatian netizen dan rata-rata ramai yang mahu melihatnya ‘jatuh’ susulan kes menganggu rumah tangga orang.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Mira ada memuat naik hantaran bahawa dia sedar ramai membenci, namun tidak mengambil kisah kerana setelah kes curang tular, katanya rezeki makin bertambah.

Advertisement

Terbaharu, usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri dilihat melakukan live di TikTok bersama Mira dan tindakannya itu membuatkan netizen tidak berpuas hati.

Difahamkan, live tersebut dilakukan untuk mempromosikan jenama tudung usahawan terbabit, namun bagi netizen ramai lain yang layak untuk melakukan ‘kerja’ Mira itu.

komen netizen

Malah, ada yang berpendapat lebih baik menjemput pihak yang teraniaya iaitu isteri View Chin, Ah Moi daripada menjemput ‘penyondol’ tersebut.

Dalam pada masa yang sama, netizen merasakan usahawan itu sengaja mempergunakan Mira kerana tahu ketika ini nama wanita tersebut sering menjadi perhatian warganet.

komen netizen

Sekadar info, nama Mira mula menjadi perhatian setelah didakwa menjadi skandal bosnya iaitu View Chin dan semuanya hal terbongkar setelah isteri influencer itu, Ah Moi mendedahkan segalanya di Facebook.

mira bukan punca view chin cerai
12 months ago

"Yang Fitnah Dah Minta Maaf? Nanti Dekat Kubur Merangkak Cari Aku" - Mira Nafi Jadi Punca View Chin & Ah Moi Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...