“Patut Nasihat Anak Tu Dulu” – Qistina Raisah Dikecam Hebat Netizen, Ibu Tampil Beri Nasihat Buat Anak

Hiburan

“Patut Nasihat Anak Tu Dulu” – Qistina Raisah Dikecam Hebat Netizen, Ibu Tampil Beri Nasihat Buat Anak

Baru-baru ini, nama pelakon remaja Qistina Raisah menjadi tumpuan ramai gara-gara perkongsiannya di media sosial dikatakan tidak sesuai dengan umur dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Malah, wujud pulak dakwaan yang mengatakan pelakon itu sedang ‘bermasam muka’ dengan pelakon remaja yang lain iaitu Puteri Balqis berikutan satu hantaran berbaur kecaman yang dibuat oleh gadis itu.

Advertisement

Puteri Balqis khabarnya telah memerli seorang pelakon berusia 14 tahun yang sengaja mencari pasal dengan dirinya meskipun tidak memetik sebarang nama.

ig puteri balqis

Netizen kemudiannya mengesyaki pelakon remaja yang diperli Puteri Balqis itu adalah Qistina dan rata-ratanya bersetuju dengan pendapat aktres itu.

Gara-gara kecaman yang diterima anaknya itu, ibu kepada Qistina kemudiannya tampil memberi kata-kata semangat buat anaknya untuk terus bersabar selain mengabaikan fitnah yang ditujukan buat Qistina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ROSZANA AMINUDDIN (@rosz_anne78)

Teruskan langkah, biarkan semua tohmahan, hinaan, fitnah apa pun orang buka aib kamu, keluarga kamu, belajar diam dan sabar.

Maafkan untuk bersihkan hati sendiri, tenangkan jiwa. Allah pasti ada dengan kita. Insyallah semoga yang baik datang buat kita. Amiin.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan netizen yang rata-ratanya meminta agar si ibu itu menasihati anak sendiri terlebih dahulu dan tidak ‘play victim’.

“Tak padan dengan umur, kurang ajar tiada disiplin menghina orang pulak tu. Ajar lah sikit anak tu. Mentang-mentang anak tu artis. Kalau tak pandai nak ajar anak bererti mak dengan anak sama je tu.” tulis seorang netizen.

puteri balqis
2 years ago

“Tayang J*bo Hari-Hari, Berlakon Satu Award Pun Takde” - Diperli Tiba-Tiba, Puteri Balqis ‘Panas’ Dengan Pelakon 14 Tahun?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...