“Patut Lah Ex Meroyan” – Jalan Pegang Tangan, Tular Foto Fatin Afeefa Dengan Kekasih Jutawan

Hiburan

“Patut Lah Ex Meroyan” – Jalan Pegang Tangan, Tular Foto Fatin Afeefa Dengan Kekasih Jutawan

Sebelum ini, pelakon Adam Shahz telah memuat naik beberapa hantaran di Instagram Stories meluahkan rasa kesal terhadap bekas isterinya, Fatin Afeefa yang didakwa gemar ke kelab malam dan berpakaian seksi serta mengabaikan anak-anak.

Tampil membela diri, Fatin memaklumkan bahawa bekas suaminya itu sengaja menabur fitnah dan masih belum ‘move on‘ walaupun sudah hampir 5 tahun bercerai.

Advertisement

Dah dah la tu, move on la, 5 tahun dah. Kesian la kat girlfriend tu, tak habis-habis dengan ex-wife.

Baru-baru ini, tular pula mengenai sebuah foto memaparkan Fatin bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya di rata-rata media sosial.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon Tentang Bulan itu dilihat mesra memegang tangan teman lelakinya yang didakwa merupakan seorang jutawan.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya memerli bekas suaminya.

Malah, ada juga segelintir netizen yang mendakwa ini adalah punca sebenar mengapa bekas suaminya itu seolah-olah ‘meroyan’ dan tidak senang duduk melihat Fatin yang kini sudah semakin bahagia bersama lelaki lain.

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet turut mendoakan agar Fatin dan jejaka misteri itu cepat disatukan dan kekal bahagia sehingga kejinjang pelamin.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai identiti lelaki berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fatin Afeefa Adam Shahz
2 years ago

Buat Hantaran Fitnah Di IG, Fatin Afeefa Dedah Bekas Suami Kuat Menipu, - "Move On Lah, 5 Tahun Dah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...