Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad, tampil membuat permohonan maaf terbuka berhubung tindakan salah seorang pekerjanya yang didakwa memerli harga pizza milik pempengaruh Cik Epal dalam sebuah video tular.
Menerusi perkongsian di platform Thread, Hafiz menjelaskan bahawa insiden itu berlaku tanpa niat, apabila pekerjanya terlalu seronok menikmati pizza buatan sendiri hingga tidak berfikir panjang sebelum berseloroh.
Eh budak-budak ni. Semalam saya buatkan pizza untuk semua pekerja, mungkin dah seronok sangat sampai terlepas cakap atau alah gurau.
Yang post pula tak cut sebab tak tahu pasal tu atau terlepas pandang.
Sebagai tanda tanggungjawab dan permohonan maaf, Hafiz mengumumkan bakal mengagihkan 50 pizza percuma di hadapan Ainaa Clinic pada Sabtu ini.
Saya mewakili pekerja saya ingin memohon maaf. Saya harap pekerja saya pun tidak bersedih dan jadikan ia sebagai pengajaran.
Saya dah maklumkan pada mereka. Nanti saya belanja pizza untuk 50 orang Sabtu ni di depan Ainaa Clinic.
Mereka buat hal, saya yang kena buat doh dan sos sampai 50 kotak sebagai tanda minta maaf.
Terdahulu, seorang pekerja Hafiz mencetus perdebatan warganet selepas dilihat memerli harga pizza Cik Epal dalam video yang dimuat naik di akaun rasmi perniagaan mereka.
Rata-rata netizen memuji tindakan Hafiz yang mengambil sikap bertanggungjawab dan profesional dalam menangani isu tersebut, selain mengubah situasi menjadi pengajaran positif buat pasukannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.