October 14th, 2019

Sejak daripada minggu lepas, kecoh dunia hiburan apabila pelakon Amar Ashraf dikatakan sebenarnya sudah pun beristeri dua dan dalam proses ingin memasang yang nombor ketiga sebelum hal itu terbongkar kepada orang ramai.

Selepas Amar mengeluarkan kenyataan dan permohonan maaf, kedua-dua isterinya iaitu Arna Salleh (isteri pertama) dan Vivy Jefri (isteri kedua) turut ‘back-up’ suami kesayangan mereka itu.

ashraf muslim nasihat amar asyraf tentang isu poligami

Seorang pelakon lain yang turut terkenal kerana isu poligami iaitu Ashraf Muslim turut tampil dan memberikan ulasannya mengenai isu ini. Untuk pengetahuan, pelakon lelaki ini telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 2011 dan berkahwin untuk kali yang kedua dengan Wan Sakinah pada 2013.

Amar sepatutnya perlu jumpa saya dahulu, mungkin saya boleh beri nasihat.

Menurut Ashraf Muslim lagi, lelaki itu sebenarnya ada hak untuk merahsiakan hal berkenaan daripada pengetahuan umum tetapi perlu berani untuk menghadapi akibatnya di kemudian hari.

Tiada masalah untuk merahsiakannya (poligami) tetapi kena ingat sebagai selebriti ramai nak tahu keluarga kita.

Kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya mereka faham. Nak kahwin tiga, boleh tiada masalah cuma kalau boleh kita buat dengan cara betul.

Perlu banyak bersabar. Bijak uruskan segala apa saja berkaitan rumah tangga.

ashraf muslim beri nasihat isu poligami pada amar asyraf

Dia juga menambah bahawa lelaki yang mahu berpoligami ini perlu mengetahui amanah dan tanggungjawab. Kena pastikan mampu dalam semua aspek, baru boleh fikirkan tentangnya.

Paling penting menggalas amanah yang Allah berikan.
Mampu pun merangkumi banyak perkara termasuk masa, kewangan dan kasih sayang.

Pandai betul Ashraf Muslim bagi nasihat sekarang ini, teringat pula semasa kekalutannya apabila berita tentang dia berkahwin dua tersebar dilaporkan oleh pihak media kan?

Sumber: Gempak


30 responses to ““Patut Jumpa Saya, Mungkin Saya Boleh Beri Nasihat”- Ashraf Muslim Komen Isu Poligami Amar Asyraf”

  1. Jantan Melayu Sial says:

    Hahaha Laki Melayu mmg tak guna pun… Hancur lebur… Baik kawen dgn Laki Cina. Kalau depa curang pon, dah cerai pon, depa still bagi nafkah kat anak bini… Laki Melayu mmg hampeh la… Lepas cerai lesap terhegeh-hegeh nak kawen lain… Terus lupa anak2 bini lama… Nama saja Islam tapi mmg sah2 buta agama…

  2. Suami Celaka says:

    Huh!! Nampak sangat dia ni bagi nasihat yg salah!! Nasihat dia tu hanya utk buat kaum isteri bertaklid membabi buta saja dengar cakap suami sedangkan dia tu guna kuasa dia sebagai suami utk ambik kesempatan dgn tindas isteri… Biasa la… Penunggang agama katakan… Atas bawah nampak bertutup, tapi hati macam serigala… Nafsu la segala2nya…

  3. meetomato says:

    lelaki melayu tak pandai jaga hati wanita..bpoligami, tak bertanggungjawab, tak respect, rude, menipu, tak bagi nafkah, bkn family man.

    wanita selalu ditindas, selalu jadi mangsa sejak dulu lagi. suami2 yg bpoligami or yang main kat luar, hujung2 isteri juga yg kene STD/AIDS. nanti isteri masuk hospital kene STD/AIDS, sape nak jaga? husband sendiri nak ke jaga isteri kat hosp kalau bpoligami?

    mcm ni ke life yang diimpikan oleh Msian women especially Malay women?

  4. Anonymous says:

    Pabila ulama jadi-jadian berkata2 seperti juga PU Abu berbicara.
    Ingatlah serap kau tu ada anak dgn wan sakinah tak lama membiak lagi. ingat masa depan anak2 mu ibubapa borek anak2 rintik.
    Sikap bini no2 mu hati2. Dayana bosan ikut kehendak kamu ingat salleh yakob berapa tahun kahwin rupa2nya tidak cukup nafkah diberi

  5. Anonymous says:

    so nak nasihat kan ammar ..n jadikan ko idola ke..heyy..cite ko nikah kat thailand tu proper marriage ke…annoying giler mamat ni…

Loading...