“Patut Jantan-Jantan Macam Ni Tak Boleh Kahwin Lain Selagi…” – Rita Rudaini Kecam Lelaki Culas Bayar Nafkah Anak

Hiburan

“Patut Jantan-Jantan Macam Ni Tak Boleh Kahwin Lain Selagi…” – Rita Rudaini Kecam Lelaki Culas Bayar Nafkah Anak

Pelakon sensasi, Rita Rudaini menerusi beberapa hantaran di Instagram Story tampil menempelak golongan lelaki yang bergelar bapa yang culas membayar nafkah anak-anak setelah bercerai.

Pelakon filem Mami Jarum itu dilihat memuat naik satu keratan berita berkenaan individu yang dijatuhi hukuman penjara kerana enggan membayar nafkah.

Advertisement

Tulis Rita, lelaki-lelaki seperti itu tidak seharusnya dibenarkan berkahwin lain kerana tidak mampu melunaskan tanggungjawab kepada yang berhak.

rita rudaini

Dah lama dah, dan berapa ramai yang tanggung benda-benda macam ni. Benda wajib ikut arahan mahkamah pun jantan-jantan ni culas.

Patut jantan-jantan macam ni tak boleh kahwin lain kalau tanggungjawab lama dia tak boleh tunaikan.

Tulisnya lagi, isu tersebut akan berterusan jika tiada tindakan sewajarnya dilakukan kerana yang menjadi mangsanya adalah golongan wanita dan anak-anak yang tidak bersalah.

Tapi tu laa, mereka ni di biarkan, dan kesilapan berulang-ulang. Yang jadi mangsa adalah WANITA!

Sis rasa kena buat kerjasama dengan bahagian pembangunan wanita untuk melindungi wanita dari jantan-jantan dayus macam ni.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

menteri agama kes khalwat ruhainies aliff aziz selesai
2 hours ago

"Sudah Selesai, Tutup Buku" - Menteri Agama Sahkan Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Bersalah Berkhalwat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...