Jenama pakaian berjenama dari Jepun, Uniqlo mengumumkan akan mengeluarkan baju koleksi khas kolaborasi bersama Gundam sempena ulang tahun ke-40 franchise tersebut.
Menariknya bagi koleksi UT kali ini pelanggan akan mendapat patung gunpla Gundam secara percuma bermula 13 Julai di outlet terpilih juga secara online. Terdapat dua model edisi terhad yang ditawarkan iaitu Gundam RX-78-2U serta MS-06SU Zaku II yang hadir dengan warna ikonik Uniqlo iaitu merah dan putih.
Apakah syarat-syaratnya?
Pelanggan perlu membeli minimum 2 helai baju untuk mendapatkan gunpla Gundam ini. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada gunpla ini akan diberikan secara random (Gundam atau Zaku) atau pelanggan boleh memilih sendiri gunpla yang diingini.
Design-design kali ini memang menarik dan ‘cun’.
Baju Uniqlo UT x Gundam ini akan dijual dengan harga RM59.90 dan jom dapatkannya bermula 13 Julai 2020 ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.