Patung Anjing Tersebut Sebenarnya Diperbuat Daripada Batu – Hasnul Rahmat

Hiburan

Patung Anjing Tersebut Sebenarnya Diperbuat Daripada Batu – Hasnul Rahmat

Selepas menerima pelbagai kritikan kerana memuat naik foto beliau memegang anjing bersama foto Jesus Christ baru-baru ini, pelakon Hasnul Rahmat akhirnya mengakui sebenarnya patung haiwan tersebut adalah palsu dan diperbuat daripada batu.

Advertisement

Memetik laporan mStar Online, Hasnul berkata beliau agak takut kepada anjing dan tidak mungkin beliau boleh bergambar dengan haiwan yang sebenar.

Dua ekor anjing itu sebenarnya adalah patung yang diperbuat daripada batu. Awak ingat saya tak takut anjing? Awak ingat saya boleh duduk dan belai anjing (hidup) seperti dalam foto tersebut?

Hahaha… nampak real kan foto yang saya rakamkan itu? Foto itu sebenarnya tidak ada apa-apa pun.

Walaubagaimanapun, Hasnul telah memadam foto berkenaan selepas dihimpit kontroversi dan tidak pernah menyangka bahawa ia akan menjadi satu isu yang cukup hangat dan besar kerana ia sudah di muat naik kira-kira dua minggu lalu.

Pegang arnab ke, kucing atau anjing, sebagai Muslim, kita kan ada batasan, ada cara-cara untuk membersihkan diri. Apa-apapun, saya menganggap pemberi komen itu sedang melalui proses peningkatan umur yang cuba memahami keadaan sekeliling. Saya tidak kisah pun mereka kritik saya.

Saya maafkan mereka dan pada masa sama juga meminta maaf sekiranya telah mengecilkan hati orang di luar sana. Bagi saya, isu berbangkit ini kecil sahaja. Pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis lagi teruk dihentam gara-gara isu bikini. Hal saya, perkara kecil sahaja.

Bukan semua orang tahu patung itu hidup ataupun tak, jadi sebelum nak lakukan sesuatu fikirlah dahulu. Kalau isu berkaitan agama ini memang sensitif janganlah undang prasangka.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...