PATI dari Filipina Seramai 400 Orang Diusir Pulang

Trending

PATI dari Filipina Seramai 400 Orang Diusir Pulang

Pendatang tanpa izin (PATI) warga Filipina telah diusir ke negara asal mereka dengan menaiki kapal melalui Pelabuhan Sandakan hari ini. Seramai 400 orang PATI itu akan dihantar ke pulang ke Zamboanga.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata pengusiran menggunakan jalan laut itu merupakan yang yang ke-23 bagi tahun ini. Ia turut melibatkan PATI warga Indonesia.

Advertisement
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran pendatang sepanjang tahun ini seramai 5,645 orang.”

Sharifah Sitti Saleha turut menyatakan semua tahanan dipastikan berada dalam keadan sihat dan selamat untuk perjalanan sebelum diusir bagi memastikan tiada rantaian jangkitan COVID-19.

Tahanan yang didapati sakit atau tidak selamat untuk perjalanan akan menjalani rawatan sewajarnya terlebih dahulu.

Semua tahanan turut menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...