“Patah Tulang Pinggul & Peha” – Bayi 4 Bulan Tercampak Tengah ‘Highway’, Ibu Cari Bukti Jejak Pelaku Nahas

Kehidupan

“Patah Tulang Pinggul & Peha” – Bayi 4 Bulan Tercampak Tengah ‘Highway’, Ibu Cari Bukti Jejak Pelaku Nahas

Viral di media sosial Instagram baru-baru ini mengenai satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Natasha Nadia yang meminta bantuan orang ramai mengesan pelaku yang menjadi punca nahas.

Menerusi hantaran tersebut, kenderaan yang dinaikinya jenis Inspira berwarna putih telah terlibat dalam kemalangan di Highway Plus Sungkai (Arah Selatan) pada pukul 7.30 pm semalam.

Advertisement

Difahamkan, punca kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan jenis BMW berwarna kelabu telah masuk dari laluan kiri dan terus mencelah di hadapan kereta mereka dan menghimpit sehingga kenderaan yang dinaiki berpusing beberapa kaki sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri.

Anak saya tercampak ke tengah jalan & sedang bertarung kesakitan patah tulang peha, tulang pinggul & pendarahan di otak.

baby

Susulan kejadian, anak lelaki yang berusia 4 bulan, Aqasha Alhaq kini sedang bertarung nyawa di Newborn Intensive Care Unit (NICU) akibat patah tulang pinggul, kedua-dua tulang peha dan pendarahan di otak akibat tercampak di atas jalan raya.

Dalam pada itu, Natasya meminta bantuan orang ramai yang mempunyai footage rakaman dashcam kemalangan tersebut supaya menyerahkan kepadanya sekaligus mencari si pelaku yang telah melarikan diri.

Malah, pelakon jelita, Anzalna Nasir turut berkongsi hantaran wanita itu menerusi Instagram Stories miliknya dan memberi perkembangan terbaru mengenai kanak-kanak itu yang kini  terpaksa melakukan operation bagi menyelamatkan nyawanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Siapa Yang Patut Bertanggungjawab?”- Lelaki Pelik Remaja Perempuan Selamba Hisap ‘Vape’ Dalam MRT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...