“Pasukan Perlaksanaan 5G Kini Berada Dalam Fasa Terakhir,” Kata Gobind Singh Deo

Teknologi

“Pasukan Perlaksanaan 5G Kini Berada Dalam Fasa Terakhir,” Kata Gobind Singh Deo

Sebelum ini kita semua mengetahui bahawa teknologi 5G telah dicuba di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.

Bukan itu sahaja, ujian kepantasan Teknologi Generasi Kelima (5G) akan dikembangkan di lima negeri lain.

Advertisement

Baca ini: Teknologi 5G bakal ditawar di 5 negeri ini

Kini, Pasukan Petugas Khas 5G Negara berada pada fasa terakhir dalam melengkapkan laporan mengenai pelaksanaan 5G sebelum menyerahkannya kepada kerajaan dalam suku keempat tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengkaji dahulu laporan terbabit sebelum ia dibawa ke Kabinet.

Kita akan mengkaji laporan itu sebelum bawa ke Kabinet untuk membolehkan pelaksanaan perkhidmatan 5G berada pada tahap yang terbaik.

Menurut Gobind Singh Deo

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Teh Kok Lim (PH-Taiping) yang ingin tahu rancangan kementerian dalam kesediaan pelaksanaan teknologi jalur 5G.

Selain sesi libat urus, Gobind berkata kementerian melalui MCMC juga telah melaksanakan Projek Demonstrasi 5G Malaysia (5GDP).

Ini bertujuan memudah cara, membina dan memupuk pembangunan kes-kes penggunaan 5G, yang berpotensi dalam persekitaran sebenar dan konteks yang lebih luas untuk mengembangkan ekosistem 5G.

Bukan itu sahaja, Gobind juga memberitahu bahawa akan melengkapkan 3G dan 4G sementara beralih kepada 5G. Kerajaan akan membangunkan dua teknologi tersebut secara serentak bersama perkhidmatan 5G.

Kerajaan ambil pendekatan bahawa walaupun perlu membaik pulih dan menaik taraf 4G dan 3G, dalam masa yang sama kita perlu lihat kepada masa depan untuk kita bersedia dengan 5G, jadi kita buat keputusan membangunkan semua teknologi ini secara serentak.

Ini membolehkan kita membina satu ekosistem yang akan lebih bersedia untuk kita menghadapi cabaran dunia digital dalam masa tedekat.

Malah menurut Gobind, kerajaan telah melancarkan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) sebagai usaha memastikan kawasan luar bandar dan terpencil tidak menghadapi masalah kekurangan infrastruktur teknologi termasuk 3G dan 4G.

NFCP dilancarkan bulan lepas bagi penyediaan liputan berkelajuan tinggi yang komprehensif dan jaringan digital yang berkualiti di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar dalam tempoh lima tahun.

 

Sumber: Malaysia Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...