Pasukan JDT Tewas, Eyra Hazali Titip Kata Semangat Buat Suami, Anggap Tiada Rezeki Tambah Koleksi Piala

Hiburan

Pasukan JDT Tewas, Eyra Hazali Titip Kata Semangat Buat Suami, Anggap Tiada Rezeki Tambah Koleksi Piala

Sedia maklum, pasukan bola sepak, Kuala Lumpur City (KL City) berjaya mencipta sejarah yang mengejutkan selepas berjaya menumpas juara bertahan iaitu Johor Darul Takzim (JDT) sekaligus merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun di Stadium Bukit Jalil.

Walau bagaimanapun, aksi yang dipamerkan oleh pasukan JDT berhak diberikan pujian biarpun terpaksa menerima keputusan selaku naib johan.

Advertisement

Menerusi perkongsian pelakon Eyra Hazali di Insta Story, beliau menitipkan kata-kata semangat buat barisan pemain JDT yang turut dibarisi oleh suaminya, Haziq Nazli yang merupakan penjaga gol simpanan.

Insta Story Eyra HazaliSumber : Insta Story Eyra 

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali menyifatkan aksi pada malam perlawanan akhir itu bukanlah rezeki bagi skuad ‘Harimau Selatan’ untuk menambah koleksi piala mereka.

Pada perlawanan terbabit, KL City yang dikatakan skuad underdog telah memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-65 dan gol kedua pada minat ke-74 sekaligus menggegarkan stadium tersebut yang dipenuhi hampir 20,000 penonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Sekadar info, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 November 2019 dan hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Neelofa Haris Mahkamah
2 years ago

Susulan Kes Langgar SOP, Neelofa Dan Suami Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Dari Semua Pertuduhan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...