Melalui laporan Buletin TV3, pasukan guaman Malaysia sudah tiba di Amman, Jordan bagi membantu peguam Hak Asasi Manusia dari Israel berhubung penahanan beberapa rakyat Malaysia yang menjadi sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla oleh tentera Israel, pagi tadi.
Pasukan guaman Malaysia tiba di Jordan, bantu sukarelawan Malaysia
Menurut peguam Fahmi Abd Moin, dirinya bersama empat lagi peguam dari Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) sudah tiba di negara tersebut pada jam 1 petang, waktu tempatan semalam.
Kami akan berhubung rapat dengan pasukan peguam Hak Asasi Manusia dari Israel yang mewakili kesemua peserta GSF yang ditahan.
View this post on Instagram
Difahamkan, pihak mereka akan melaporkan perkembangan terkini pada media, hari ini.
Antara yang ditahan tentera Israel
Sekadar info, seramai 12 sukarelawan daripada Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF untuk menghantar bantuan kepada saudara Islam di Gaza ditahan oleh tentera Israel selepas rejim Zionis memintas kapal berkenaan.
Antara rakyat Malaysia yang ditahan ialah Zizi Kirana (kapal Huga), Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).
Selain itu, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi (kapal Hio), Iylia Balqis, Ahmad Musa Al-Nuwayri dan Sul Aidil (kapal Alma), manakala yang terbaru ialah Farah Lee dan Danish Nazram (kapal Grande Blu).