Pasukan Gerakan Am Rampas 41 Kilogram Syabu Dan Pil Yaba Bernilai RM8.67 Juta

Kehidupan

Pasukan Gerakan Am Rampas 41 Kilogram Syabu Dan Pil Yaba Bernilai RM8.67 Juta

Sebanyak 41 kilogram dadah dipercayai syabu dan 720,000 biji pil yaba bernilai RM8.67 juta berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Jeram Perdah, Rantau Panjang.

Sepasukan pegawai dan anggota Batalion 8 PGA melakukan serbuan menerusi Op Benteng Covid-19 di sebuah rumah kosong kira-kira jam 4.30 petang.

Advertisement

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), Datuk Kasuahdi Ali, pihaknya melakukan intipan selama empat jam terhadap kediaman berkenaan sebelum serbuan dilakukan sebaik suspek lelaki berusia 43 tahun memasuki rumah terbabit.

“Hasil serbuan, kita menemui lapan bungkusan plastik hitam yang diletakkan di dapur rumah berkenaan. Pemeriksaan lanjut menemui 41 kilogram dadah dipercayai syabu bernilai RM1.47 juta dan 720,000 biji pil kuda bernilai RM 7.2 juta”.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar.

“Bekalan dadah berkenaan dipercayai diperoleh dari negara jiran sebelum dihantar ke sekitar Pantai Timur untuk pil yaba, manakala syabu dihantar untuk pasaran Lembah Klang dan Johor”.

Tambahnya, siasatan lanjut terhadap lelaki berkenaan masih dijalankan sama ada hanya berperanan sebagai ‘transporter’ atau tauke sindiket.

“Siasatan juga mendapati, kediaman yang diserbu itu disyaki milik kakak suspek, namun siasatan terperinci masih dijalankan”.

Menurut Kasuahdi, jumlah dadah yang dirampas boleh diguna seramai 410,000 penagih manakala pil kuda pula seramai 144,000 penagih.

KASUAHDI pada sidang media mengenai rampasan dadah.

“Kita akui walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sindiket pengedaran dadah masih mengambil peluang dan kita akan memperketatkan kawalan sempadan bagi mengekang kegiatan berkenaan”.

Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...