Pastikan Ubat-Ubatan Tak Mudah Diakses Oleh Kanak-Kanak, Ini Tips Mudah Agar Tak Timbul Masalah

Trending

Pastikan Ubat-Ubatan Tak Mudah Diakses Oleh Kanak-Kanak, Ini Tips Mudah Agar Tak Timbul Masalah

Untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik, kadangkala ada antara akan mengambil ubat tertentu kerana penyakit yang dihidapinya. Namun perlu diingat, ubat kenalah disimpan dengan cara yang betul.

Advertisement

Bagaimana pula caranya untuk memastikan ubat-ubatan atau diet tambahan yang ada, tidak dapat diambil atau diakses oleh anak-anak, adakah hanya perlu diletakkan di tempat yang tertutup dan tinggi sahaja? Pegawai Farmasi, saudara Fahmi Hassan mempunyai tip yang boleh digunakan dalam menangani pemasalahan tersebut.

BUDAK MAUT TERMAKAN UBAT?

Semalam negara dikejutkan dengan kes yang amat memilukan. Seorang kanak-kanak maut setelah termakan 6 biji pil milik datuknya yang disyaki ubat darah tinggi kerana disangkakan gula-gula.

Kes kemalangan seperti ini yang melibatkan kanak-kanak sebenarnya bukan kali pertama berlaku. Amat menyedihkan kerana perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita mengambil berat tentang cara simpanan ubat-ubatan yang selamat.

Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan semula kepada semua tips-tips yang boleh digunakan bagi memastikan ubat-ubatan tidak mudah diakses oleh kanak-kanak.

1. Simpan ubat-ubatan di tempat yang tidak boleh dilihat oleh kanak-kanak. Sesetengah ubat mempunyai bungkusan, bentuk dan warna yang mungkin boleh menarik perhatian kanak-kanak.

2. Gunakan kabinet atau peti yang berkunci. Namun begitu, hati-hati dengan semangat ingin tahu kanak-kanak. Mereka mungkin curiga dan ingin merasa apa yang anda sorok.

3. Simpan ubat di dalam bekas asal. Pastikan label ubat jelas kelihatan.

4. Simpan ubat di dalam bekas atau bungkusan yang sukar untuk dibuka oleh kanak-kanak.Tidak semua jenis ubat dibekalkan dalam botol yang mempunyai penutup child-resistant.

5. Elakkan dari menipu kanak-kanak ketika memberi ubat dengan mengatakan ia adalah gula-gula atau vitamin. Kanak-kanak mungkin menyangka ubat anda juga adalah gula-gula yang boleh dimakan.

6. Jangan simpan ubatan anda bersama dengan tempat simpanan makanan, samada di dalam peti sejuk, rak atau kabinet.

Semoga sedikit tips ini dapat sama-sama dipraktikkan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang di masa hadapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...