Pastikan Peluang Cerah Pembiayaan Perumahan Diluluskan, 7 Perkara Ini Perlu Nampak “TipTop”

Trending

Pastikan Peluang Cerah Pembiayaan Perumahan Diluluskan, 7 Perkara Ini Perlu Nampak “TipTop”

Untuk pastikan pinjaman yang dilakukan dapat diluluskan dengan lebih cepat dan tanpa mempunyai masalah, sudah tentu kita sedaya upaya untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan sebaik mungkin dan jika memerlukan penjamin, anda juga akan meminta pertolongan dari ahli keluarga.

Advertisement

Setelah semuanya selesai dan dihantar pada pihak bank serta menunggu beberapa ketika adakalanya boleh terjadi pinjaman yang anda pohon tidak dapat diluluskan disebabkan oleh beberapa faktor antaranya laporan CCRIS yang tidak begitu bersih.

Tetapi adakah jika mempunyai laporan CCRIS yang baik, pembiayaan perumahan akan diluluskan dengan mudah?

Terdapat 7 perkara yang anda perlu titik beratkan dalam memastikan anda mempunyai peluang yang cerah untuk permohonan pembiayaan anda diluluskan.

Ciri-Ciri Pemohon Kesayangan Bank

Untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan perumahan bukanlah mudah tetapi tidaklah susah jika kau tahu aturannya.

Pihak bank sangat suka pemohon yang mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang mantap. Jika pihak bank yakin dengan kemampuan kewangan kau, mereka tidak akan ragu-ragu untuk meluluskan pembiayaan perumahan kau. Pihak bank yakin sangat kau ni jenis yang tak culas bayar.

Macam mana nak tunjukkan kau ni tak culas bayar? Jawapannya adalah dengan menjaga hubungan percintaan kau dengan semua hutang kau sebelum ini dengan sebaik-baiknya.

Daripada laporan CCRIS, bank dapat mengetahui karektor pembayaran balik kau macam mana. Kalau banyak nombor 0000 tu, kau memang power la dalam mengawal dan menguruskan kewangan.

Tapi kalau banyak nombor selain 0000 di laporan CCRIS eloklah kau baiki dahulu sebelum memohon pembiayaan perumahan. Memang bank tak akan lepas. “Hutang sebelum ni pun tak reti nak handle, macam mana nak handle hutang baru ni?”. Itulah antara logik pihak bank. Simple.

Antara ciri-ciri pemohon yang disayangi oleh pihak bank ialah 

1. Pemohon Yang Mempunyai Kerjaya /Perniagaan Yang Stabil

Pemohon sudah mempunyai kerjaya yang stabil dan sudah bekerja lebih daripada 6 bulan.Pemohon juga bekerja di tempat yang tidak berisiko untuk dibuang kerja pada tanggapan pihak bank.

2. Pemohon Mempunyai Tabiat Pembayaran Balik Yang Cun Melecun Dalam Laporan CCRIS

Sebarang hutang dengan pihak bank akan masuk dalam laporan CCRIS. Hutang kad kreditdan PTPTN juga akan masuk dalam laporan CCRIS. Jadi, apabila dah buat hutang, korang kena jaga betul-betul. Bayar hutang dengan jumlah yang tetap dan pada waktu yang ditetapkan.

3. Pemohon Yang Mempunyai Debt Service Ratio (DSR) Yang Rendah

Pemohon mesti pandai kawal nisbah hutang kepada pendapatan. Kebiasaanya dibawah 60%-70%

4. Pemohon Ingin Membeli Hartanah Yang Strategik Dan Terletak Di Kawasan Hot / Sedang Membangun

Bank mungkin kurang berminat dengan hartanah yang berada di pinggir kampung ataupun di dalam hutan. Hartanah yang masih dalam Master status lebih 10 tahun juga kurang menarik perhatian pihak bank.

Kaji dan selidik terlebih dahulu kawasan yang kau nak beli hartanah tu. Dengan itu akan memudahkan urusan kau juga supaya pembiayaan perumahan kau mudah diluluskan.

5. Pemohon Yang Mempunyai Tabungan / Simpanan

Pemohon mempunyai simpanan yang mantap. Biasanya mempunyai 6 bulan pendapatan sebagai simpanan kecemasan. Simpanan di Tabung Haji, ASB, ataupun di akaun simpanan misalnya.

6. Pemohon Telah Menyediakan / Melampirkan

Dokumen-dokumen berikut adalah penting / mustahak untuk membuat permohonan pinjaman perumahan:

– Borang permohonan pinjaman yang telah diisi dengan maklumat yang benar dan tepat
– Salinan kad pengenalan pemohon
– Salinan Perjanjian Sewa Beli (Sales & Purchase Agreement/SPA) atau surat tawaran daripada pemaju
– Salinan slip gaji untuk 3 bulan yang terkini
– Salinan slip bayaran komisen untuk 6 bulan jika ada
– Salinan penyata KWSP yang terkini
– Salinan Borang EA terkini
– Salinan penyata akaun simpanan bank untuk 6 bulan yang terkini
– Surat Pengesahan Tawaran Kerja dan Pembayaran Gaji
– Simpanan ASB / Tabung Haji
– Dokumen sokongan yang berkaitan.

Jika guna khidmat ejan hartanah, lagi memudahkan kerja korang.

7. Pemohon Yang Tidak Disenarai Hitam

Oleh Mana-mana Syarikat

Bank juga akan check kau punya CTOS. Jika ada hutang tertunggak mungkin nama kau ada dalam CTOS. Jadi, kau kena semak balik sama ada kau pernah jadi penjamin ke atau ada ada bil utiliti yang kau pernah tak bayar.

Pemprosesan permohonan pembiayaan perumahan pada masa kini sudah menjadi lebih rumit dan bank menjadi semakin strict dengan adanya sistem skor kredit dan juga Net Disposable Income (NDI).

Untuk mendapatkan pembiayaan perumahan yang pertama memang susah sikit kalau kau tak berapa faham dan jelas mengenai prosedurnya. Tapi, bila kau dah lepas pembiayaan perumahan pertama, nak lepas pembiayaan perumahan kedua tu tak jadi masalah dah.

Kau nak beli rumah ikut lah kemampuan kewangan kau. Jika bergaji kecil cari rumah yang bawah RM200K dulu.

Masa mula dapat kerja mulakan simpanan untuk deposit rumah. Jauhi hutang yang tidak perlu. Hiduplah dibawah kemampuan. Jangan asyik nak modified kereta Myvi zero downpayment kau tu je. Elok-elok kedudukan tayar direka menggunakan ilmu kejuruteraan automotif, kau ubahsuai tayar buat terkeluar. Jadi cacat pula.

Kesimpulannya, untuk memiliki hartanah, persediaan kau kena bermula daripada sekarang. Jangan la nak beli bulan depan, tapi usaha nak mencantikkan kewangan sendiri tu takde.

Kredit : Amir Syahir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...