“Pastikan Mereka Dimiskinkan, Jangan Cuba ‘Cuci Tangan’ – Pesanan Syed Saddiq 7 Bulan Lalu Patut Dipertimbang Keluarga Adik Zara

Kehidupan

“Pastikan Mereka Dimiskinkan, Jangan Cuba ‘Cuci Tangan’ – Pesanan Syed Saddiq 7 Bulan Lalu Patut Dipertimbang Keluarga Adik Zara

Tragedi menyayat hati melibatkan pelajar perempuan sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, Zara Qairina Mahathir, 13, terus mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun siasatan masih dijalankan, kes kematian ini semakin hangat dibincangkan, apatah lagi ia dikaitkan dengan dakwaan kes buli.

Advertisement

adik zara jatuh

Zara ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 17 Julai lalu.

Ibu mangsa, Noraidah Lamat, 45, yang juga seorang guru, menuntut siasatan dilakukan dengan adil, telus dan menyeluruh, mempersoalkan sama ada anak tunggalnya menjadi mangsa buli.

Namun, di sebalik proses siasatan yang masih berlangsung, ramai yang mendesak agar tindakan tegas diambil termasuk cadangan untuk keluarga Zara mengambil langkah saman sivil.

Cadangan ini pernah disuarakan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tahun lalu di Dewan Rakyat, susulan kes Zulfarhan Osman Zulkarnain  pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang maut dibuli rakan-rakan sendiri pada 2017.

Saya merayu kepada ibu bapa yang terkesan, jangan sekadar buat laporan polis dan lakukan pendakwaan, tetapi tolong buat saman sivil ke atas institusi tersebut, kepada warden, kepada pegawai yang terbabit kerana mereka patut diheret sekali, pastikan mereka dimiskinkan.

Selagi kita tidak memiskinkan mereka, selagi itu mereka hanya akan bersihkan tangan dan berkata, ‘tak apa, seorang saja pembuli yang dipenjarakan’, sedangkan yang lain masih bermaharajalela.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.

kronologi kes adik zara

“PDRM Kontinjen Sabah akan menjalankan siasatan menyeluruh secara telus,” katanya menerusi kenyataan media.

Rakyat Malaysia kini menunggu dengan penuh harapan agar keadilan untuk adik Zara ditegakkan, dan insiden sebegini tidak lagi berulang di mana-mana institusi pendidikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-07-25 14:55:18

“Siasatan Belum Selesai Tapi..” – Keluarga Arwah Zara Qairina Terkejut Beberapa Pelajar Tiba-Tiba Dipindah Sekolah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...