Pastikan Anda Bersedia Lakukan 6 Perkara Ini Sebelum Berniat Membela Kucing

Kehidupan

Pastikan Anda Bersedia Lakukan 6 Perkara Ini Sebelum Berniat Membela Kucing

Kucing amat popular sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja dan comel. Sesiapa sahaja yang mempunyai haiwan ini di rumah pasti akan tertarik dengan telatahnya yang sentiasa aktif bermain. Kucing turut dijadikan sebagai peneman bercerita di waktu sepi atau tempat meluahkan perasaan.

Namun ramai yang menganggap penjagaan kucing hanya sekadar memberi makan yang cukup, menyediakan tempat tidur dan memberikan perhatian. Sebenarnya terdapat aspek lain yang perlu diambil kira untuk memastikan kucing yang dijaga sentiasa sihat dan aktif.

Advertisement

Perkongsian daripada Nabilah ini telah membuka mata masyarakat berkenaan cara dan tanggungjawab sebenar dalam menjaga haiwan tersebut. Ketika ini Nabilah sudah memelihara hampir 35 ekor kucing dan ilmu yang dikongsikan ini diharapkan memberi manfaat untuk semua.

Jangan ambil anak kucing yang baru lahir

anak kucing

Jangan sesekali mengambil anak kucing yang berusia 3 bulan ke bawah dan memisahkan anak kucing tersebut dengan si ibu. Kucing yang masih muda memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding kucing yang lebih berusia.

Setiap 2 jam perlu diberi susu 

anak kucing

Anak kucing yang berusia 4 bulan dan ke bawah dikategorikan sebagai kucing yang lemah. Jika tiada ibu kucing yang menjaga anak kucing tersebut, keadaan akan lebih bertambah susah. Setiap dua jam, pemilik perlu menyusukan anak kucing berkenaan menggunakan botol susu khas.

Pemberian vaksin 

suntikan vaksin

Seperti manusia, kucing juga memerlukan vaksin untuk melindunginya dari terkena sebarang penyakit berbahaya. Sebelum menghantar kucing untuk diberikan suntikan vaksin, pastikan kucing berada dalam keadaan sihat. Sekiranya kucing mengalami selesema atau cirit-birit, pemberian vaksin akan merisikokan kesihatan kucing tersebut.

Pemandulkan untuk kesihatan kucing 

klinik haiwan

Pemandulan kucing juga mempunyai manfaat tersendiri kepada kesihatan kucing tidak kira jantan atau betina. Proses ini akan turut membantu pemilik untuk lebih fokus menjaga kucing dalam jumlah yang termampu.

Elak makanan berwarna-warni 

makanan kucing

Di samping itu, pemilik kucing juga diingatkan untuk tidak memberi makanan yang berwarna-warni kepada haiwan ini. Kucing juga boleh menghadapi komplikasi buah pinggang menerusi pemakanan yang tidak betul.

Berjumpa doktor haiwan dengan segera 

doktor haiwan

Sekiranya didapati salah seekor daripada kucing yang dimiliki tidak sihat, segera bawa berjumpa doktor haiwan. Dikhuatiri kucing yang sakit akan menyebabkan kucing yang lain turut dijangkiti. Penjagaan kucing yang sempurna sememangnya perlu mengeluarkan sedikit belanja.

Walaupun haiwan ini tidak mempunyai akal yang sempurna, makhluk ciptaan tuhan ini tetap mempunyai emosi yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata yang difahami manusia. Oleh itu, jaga dan pelihara haiwan ini dengan sebaik mungkin.

Jom ‘like‘ dan ‘followFacebook & Twitter Amazing Nara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...