Semalam German jatuh ke tangga ke 2 “the world’s most powerful passport.” dan menjadikan Passport Singapore di kedudukan no 1 Passport Index.
Passport Index adalah berdasarkan “visa-free score” yang diberikan kepada passport setiap negara. Score ini berdasarkan jumlah negara passport itu boleh digunakan tanpa menggunakan visa atau dengan visa.
Selepas Paraguay membenarkan rakyat Singapore ke negara mereka tanpa visa. Ia menyebabkan visa-free score passport Singapore menjadi 159 dan menewaskan German pada score 158.
Menurut Philippe May, pengarah Arton Capital Singapore. Rangking ini memaparkan Singapore sebagai negara yang mempunyai hubungan diplomatic yang baik dan policy antarabangsa yang effective.
Untuk Malaysia pula, kita berada di tangga ke 6 dengan score 154 bersama Ireland, United States of America dan Canada. Not bad lah kan passport Malaysia ni.