Pasport Yang Dilapor Hilang, Tak boleh Digunakan Lagi Walau Jumpa Semula

Trending

Pasport Yang Dilapor Hilang, Tak boleh Digunakan Lagi Walau Jumpa Semula

Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang dijumpai semula selepas dilaporkan hilang tidak boleh digunakan dan permohonan gantian PMA perlu dibuat untuk tujuan ke luar negara, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), lapor FMT.

Advertisement

KDN dalam satu kenyataan hari ini berkata kementerian itu mewajibkan kehilangan PMA dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa 27 Feb tahun lepas.

Menurut KDN, semua maklumat mengenai PMA yang dilaporkan hilang akan dikongsi dalam pangkalan data Interpol.

“Langkah ini diambil bagi memastikan PMA berkaitan tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam konteks ini, PMA yang dijumpai semula tidak boleh digunakan dan permohonan gantian PMA hendaklah dibuat untuk tujuan ke luar negara,” katanya.

Menurut KDN, Pangkalan Data Stolen and Lost Travel Document (SLTD) Interpol
boleh diakses oleh beberapa negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Penggunaan semula PMA yang dilaporkan hilang di negara-negara yang mempunyai akses kepada pangkalan data SLTD Interpol akan diambil kira sebagai perjalanan dengan dokumen yang tidak teratur, katanya.

Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada pemegang PMA sama ada pemilik sebenar atau pihak ketiga yang cuba menyalahgunakan PMA berkenaan.

“Dengan ini, KDN mengingatkan semua pihak supaya mematuhi arahan melaporkan kehilangan PMA kepada PDRM dan memohon gantian PMA untuk tujuan perjalanan keluar negara,” kata KDN.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...