Pasir Gudang Mencatatkan Jumlah Kes Paling Tinggi Di Johor Dengan 89 Murid Dijangkiti Virus Influenza

Trending

Pasir Gudang Mencatatkan Jumlah Kes Paling Tinggi Di Johor Dengan 89 Murid Dijangkiti Virus Influenza

Kira-kira seramai 89 orang murid disahkan dijangkiti virus Influenza di Johor Bahru. Jumlah ini termasuk pelajar pra sekolah sehingga pelajar di tingkatan empat di beberapa sekolah di lapan daerah negeri itu. Bagi satu atau dua kes yang tertentu, mengikut Standard Operating Procedure (SOP) sekolah yang dijangkiti perlu lakukan pembersihan kelas menggunakan cecair penyah kuman.

Baca: Ikuti Langkah Pencegahan Virus Influenza Daripada Terus Merebak Terutama Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Advertisement

Mengikut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Azman Adnan, data yang diterima semalam menunjukkan jumlah murid di Pasir Gudang adalah yang paling ramai disyaki virus Influenza seramai 32 orang murid.

Seterusnya di Johor Bahru seramai 24 murid, Kulai 15 murid, Tangkak 6 murid, Kluang dan Muar 5 murid manakala Batu Pahat dan Pontian masing-masing mencatatkan satu murid. Data ini diperolehi daripada sekolah melalui ibu bapa yang menghantar anak mereka mendapatkan rawatan kesihatan di pusat kesihatan kerajaan dan swasta.

virus influenza

Setakat ini, Johor masih lagi tidak memerlukan penutupan sekolah berlaku kerana jumlah kes yang masih terkawal. Tetapi bagi kes yang membabitkan jumlah kes yang ramai sehingga memerlukan kelas atau sekolah ditutup, keputusan penutupan kelas dan sekolah akan dibuat bersama pejabat kesihatan berkaitan.

Bagi mereka yang mempunyai simptom dijangkiti virus Influenza, Jabatan Pelajaran Johor mengeluarkan arahan supaya mereka tidak dibenarkan hadir ke sekolah bagi mengelakkan penularan wabak ini di sekolah. Orang ramai juga dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri dan elakkan berada di kawasan orang ramai jika perlu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...