Beberapa hari lalu, kejayaan pelakon Datuk Rosyam Nor menjadi selebriti pertama membuka pasaraya 24 jam mendapat pujian ramai.
Namun, ada pula pihak yang ingin memboikot pasaraya tersebut gara-gara pelakon itu menyatakan pendirian politiknya sebelum ini. Isu berkenaan mendapat perhatian netizen yang agak kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat Melayu yang mindanya kurang terbuka sehingga sanggup mengugut untuk boikot usahawan bumiputera.
Bagaimanapun, Rosyam sedikit pun tidak memandang negatif dengan apa yang berlaku malah perniagaan beliau itu tetap berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat.
Alhamdulillah di bulan Ramadan ini saya mendapat banyak rezeki pahala yang orang bagi secara percuma.
Ada yang mengutuk saya, tetapi alhamdulillah dalam masa bulan puasa ini jugak ALLAH beri rezeki berlipat ganda kepada saya, walaupun ada pihak yang cuba hendak memboikot tapi alhamdulillah 24 jam penuh sentiasa, meskipun saya belum lancarkan secara rasmi pasar raya saya. Terima kasih yang ‘support’ bagi saya benda itu segelintir sahaja, orang Melayu Islam tak sebegitu hanya mereka yang mungkin kekurangan akhlak melakukan perkara begitu.
Dalam berniaga pasti akan ada cabarannya, tetapi jangan pernah putus asa dan terlalu tertekan dengan percakapan orang.