Pasar Vietnam Pertama Di Malaysia Bakal Dibuka Mac 2020 Ini

Travel

Pasar Vietnam Pertama Di Malaysia Bakal Dibuka Mac 2020 Ini

Negara Vietnam antara lokasi yang selalu dijadikan pilihan pelancong untuk membeli belah. Barangan yang dijual di Pasar Vietnam kebanyakan memang sangat murah dan jadi kegilaan pelancong. Tapi selepas ini, anda tak perlu susah-susah untuk terbang ke Vietnam lagi.

Pasar Vietnam pertama yang mempunyai 200 ruang kedai dijadual dibuka di Malaysia pada Mac 2020. Pasar Vietnam di Kuala Lumpur itu bakal menjadi pusat perdagangan terbesar pertama, hasil kerjasama antara kedua-dua negara.

Advertisement

pasar vietnam
Apa yang menariknya, pasar ini akan menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan yang mengeksport produk pertanian, makanan laut, kraftangan, pakaian, peralatan mekanikal, mesin, kosmetik, teknologi proprietari dan industri perkhidmatan Vietnam.

Pasar Vietnam itu akan terletak di bangunan Safuan Plaza juga akan menjadi lokasi untuk firma Vietnam mengembangkan operasi di Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...