Pasar Raya Buang Stok Makanan Bernilai Lebih $35,000 Selepas Seorang Wanita Sengaja Batuk Padanya

COVID-19

Pasar Raya Buang Stok Makanan Bernilai Lebih $35,000 Selepas Seorang Wanita Sengaja Batuk Padanya

Pada ketika ini, kebanyakan negara mengambil langkah berjimat cermat dalam menguruskan stok bekalan makanan dan keperluan harian akibat penangan wabak COVID-19. Kebanyakan negara telah menjalankan perintah berkurung dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membazir dalam membeli barang keperluan.

Gerrity’s Supermarket, sebuah pasar raya yang terletak di Pennsylvania mengalami kerugian lebih $35,000 (RM 149,208) pada saat kritikal ini. Semuanya gara-gara seorang pelanggan wanita yang dikatakan batuk dengan sengajanya di semua bahagian makanan.

Advertisement

“Wanita itu telah batuk dengan sengaja di semua bahagian makanan, tempat daging mentah dan bahagian bakeri.” 

pasar raya

Pihak pasar raya terpaksa mengambil langkah keselamatan dengan membuang semua stok makanan yang dipercayai terjejas dalam situasi ini. Walaupun tidak pasti sama ada wanita itu menghidap sebarang penyakit atau pembawa wabak COVID-19, namun sebagai langkah berjaga-jaga mereka membuang semua stok makanan tersebut.

Kerja-kerja pembersihan terus dilakukan di mana mereka mengosongkan rak bahagian makanan yang terjejas dan melakukan kerja pembasmian kuman. Pengosongan rak makanan itu kemudian mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang menyangka ianya adalah kerana tiada bekalan makanan yang mencukup di pasar raya itu.

pasar raya

pasar raya

Selepas kerja-kerja pembersihan selessai dilakukan, stok makanan yang baru kembali diletakkan di rak berkenaan. Buat masa ini, Pennsylvania sudah menerima 1,260 kes positif COVID-19 jadi ianya menambahkan lagi kerisauan pada pihak pasar raya untuk mengambil langkah keselamatan.

pasar raya

Kejadian seperti ini bukanlah sesuatu yang melucukan lagi-lagi jika ada yang cuba melakukan ‘prank’ dengan mendakwa dirinya adalah pesakit coronavirus. Sebelum ini, beberapa individu ditahan selepas dengan sengajanya batuk kepada orang lain sambil mendakwa dirinya positif COVID-19. Malah, pekerja di pasar raya antara yang menjadi mangsa di dalam ‘prank’ ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...