Pasar Borong Terbesar Dunia Bertukar Menjadi Rumah Mayat Sementara

Trending

Pasar Borong Terbesar Dunia Bertukar Menjadi Rumah Mayat Sementara

Sebuah pasar borong terbesar di dunia telah membuka sebahagian kawasan pasar dan mengubah menjadi tempat untuk menyimpan mayat mangsa COVID-19 di Perancis. Rungis Market yang berkeluasan hampir 575 ekar dan mempunyai 15,000 pekerja itu tetap meneruskan aktiviti berjual beli seperti biasa.

1,000 peti mati disediakan untuk meletakkan mangsa kematian COVID-19 dan ditempatkan di sebuah dewan penyimpanan barangan sejuk. Peti tersebut telah disediakan oleh Rungis International yang berlokasi di pinggir selatan Paris.

Advertisement

Mengikut rekod, ini bukanlah pertama kali bahagian di dalam pasar tersebut dijadikan rumah mayat sementara. Pada 2003, perkara yang sama berlaku ketika negara tersebut mengalami fenomena gelombang haba.

rumah mayat sementara

Tindakan itu diambil kerana pengusaha mayat yang berada di situ sudah tidak mampu menampung jumlah mayat dalam jumlah yang besar. Dikhuatiri mayat mangsa tidak mampu diuruskan dengan prosedur yang telah ditetapkan.

Keranda untuk menggantikan peti mati akan tiba di Rungis mulai Jumaat dan Isnin depan. Pelaksanaan ini dijalankan di kawasan tersebut kerana menganggap tempat yang luas di pasar tersebut adalah tempat yang boleh diterima dan bermaruah untuk mayat mangsa diletakkan.

Hanya 20 orang yang dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk sesuatu masa dan memberikan penghormatan terakhir terhadap mayat mangsa. Syarat ketat dikenakan sejajar dengan arahan social distancing.

rumah mayat sementara

Selain itu, rumah mayat sementara ini juga berkedudukan jauh daripada kawasan utama penduduk sekitar. Mayat mangsa akan disimpan untuk beberapa hari sebelum tapak pengebumian siap digali di tanah perkuburan sekitar Perancis atau luar negeri.

Paris muncul sebagai bandar yang paling teruk terkesan akibat wabak COVID-19. Dijangka krisis ini akan memakan masa yang lama untuk kembali normal seperti sedia kala.

Selepas negara ini mengemaskini pangkalan data rasmi, terdapat 6,507 kes kematian dan dilaporkan jumlah kematian bakal terus meningkat. Terdapat lebih 70,000 pesakit yang disahkan positif COVID-19 kini dirawat di hospital.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...