Pasar Besar Jalan Othman PJ Tawar Lebih 1,000 Peluang Pekerjaan

Kehidupan

Pasar Besar Jalan Othman PJ Tawar Lebih 1,000 Peluang Pekerjaan

Pandemik COVID-19 bukan sahaja telah menjejaskan kesihatan masyarakat dunia malah telah menjadikan krisis ekonomi akibat perintah berkurung dan kawalan pergerakan yang dikeluarkan bagi mengekang penularannnya.

Terbaru dilaporkan lebih 30,000 orang di dalam industri perhotelan di seluruh negara telah hilang pekerjaan, manakala 10,000 lagi dicutikan tanpa gaji dan lebih 6,000 pekerja dipotong gaji mereka ekoran aktiviti perniagaan yang kini semakin meruncing.

Advertisement

Situasi ini jelas menunjukkan semakin ramai rakyat yang tertekan akibat hilang punca pendapatan. Syarikat-syarikat juga kini dilihat sedang berkira-kira untuk mengecilkan lagi saiz kakitangan bagi mampu menampung kos bulanan.

Namun, peniaga di Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya kini menawarkan lebih 1,000 peluang perkerjaan untuk diisi oleh rakyat tempatan dengan bayaran gaji sekitar RM 2,000 sebulan.

Gaji harian adalah di antara RM70 dan RM80 serta EPF dan SOCSO.

Mereka yang berminat boleh menghadiri temuduga di sana dan jika terpilih mereka akan turut mendapat faedah lain seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga layak untuk memohon.

Naib Presiden Persatuan Pasar Jalan Othman, Raja Ratnam berkata sebelum ini pasar tersebut bergantung pada pekerja asing tetapi sekarang kebanyakan mereka telah ditahan oleh Jabatan Imigresen, mengakibatkan mereka kekurangan tenaga kerja. Para peniaga di sini bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi daripada kebiasaanya.

Disebabkan situasi ekonomi kini serta ramai yang kehilangan punca pendapatan, ini mungkin peluang yang perlu diambil bagi mendapatkan pekerjaan di salah sebuah dari 500 gerai yang ada di pasar ini.

Sumber (1) (2)

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...