Sepasang suami isteri warga Singapura-Amerika yang berhijrah ke Malaysia di bawah program Malaysia My Second Home (MM2H) berdepan kekecewaan selepas kondominium mewah bernilai RM2.66 juta yang dibeli mereka di Mont Kiara didapati tidak boleh didiami akibat pelbagai kerosakan, memetik NST.
Pasangan tersebut, Ho Yui Luen dan Ho Shuang Li, memfailkan saman terhadap pemaju Agile PJD Development selepas menemui kebocoran air, dinding retak, mutu kerja yang rendah, serta jangkitan kulat dalam unit mereka sejak mengambil milikan pada Februari 2021.
Walaupun kerja-kerja pembaikan telah dijalankan beberapa kali, masalah terus berulang, menyebabkan mereka terpaksa menetap di hotel, membayar storan, dan menghadapi pelbagai gangguan. Malah, anak perempuan mereka turut dilaporkan mengalami masalah kesihatan akibat jangkitan kulat.
Pemaju berhujah bahawa unit tersebut telah diserahkan lengkap dengan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dan menyifatkan kerosakan itu sebagai kecil. Namun, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Pembinaan), Nadzarin Wok Nordin, tidak bersetuju selepas melakukan lawatan tapak.
Hakim menyatakan bahawa unit tersebut tidak boleh didiami kerana kebocoran teruk, kelembapan jelas kelihatan, retakan struktur dan kemasan yang lemah, sekali gus menunjukkan kegagalan pemaju membina unit tersebut dengan bahan dan mutu kerja yang baik.
Mahkamah memutuskan pemaju telah melanggar perjanjian jual beli dan mengarahkan bayaran ganti rugi melebihi RM500,000 kepada plaintif, yang merangkumi:
Mahkamah juga mengarahkan pemaju membaiki semua kecacatan dalam tempoh enam bulan serta mengeluarkan surat jaminan dan indemniti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.