Satu pasangan kekasih telah ditemui maut dalam sebuah Perodua Kancil di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun), Ayer Limau, Lubok China, seperti laporan Harian Metro.
Difahamkan, seorang mayat lelaki dan perempuan yang baru sahaja berusia 20 dan 16 tahun ditemukan orang awam sebelum dilaporkan kepada polis pada jam 9.23 pagi semalam.
Perkara tersebut turut disahkan Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah dimana beliau memaklumkan bahawa sepasukan pegawai dan anggota polis telah bergegas ke tempat kejadian dan menemui kereta terbabit yang ditutup dengan kanvas.
Hasil pemeriksaan polis mendapati bahawa kedua-dua mangsa ditemui di tempat duduk pemandu dan perempuan di bahagian hadapan kereta itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Kedua-dua mangsa dipercayai pasangan kekasih dan mangsa perempuan berusia 16 tahun itu dihantar oleh rakannya ke Japerun ini untuk bertemu dengan lelaki terbabit pada jam 4 petang semalam.
Kedua-dua mangsa yang lengkap berpakaian kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan setelah diperiksa.
Selain itu, tiada unsur jenayah didapati dan polis percaya pasangan itu meninggal dunia akibat terhidu gas karbon monoksida.
Kata Razali lagi, kedua-duanya berasal dari Kuala Sungai Baru dan Lubuk China manakala si lelaki tidak bekerja dan si perempuan pula masih bersekolah di tingkatan empat.
Siasatan dijalankan secara menyeluruh termasuk kemungkinan spekulasi cinta tidak direstui antara kedua mangsa.
Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.