Pasangan Tunang Direman Kerana Tanam Syabu Di Kawasan Rumah

Trending

Pasangan Tunang Direman Kerana Tanam Syabu Di Kawasan Rumah

Polis menemukan 2,051.90 gram syabu, 1,096.80 g heroin, 899 g pil kuda dan 4,500 mililiter kodien di sebuah rumah seorang penganggur yang dipercayai menanam kesemua jenis dadah tersebut di kawasan rumah sewanya di Merchang, Marang, lapor akhbar Harian Metro.

Advertisement

Tindakan suspek yang berusia 22 tahun itu dapat dihidu oleh pihak polis apabila serbuan dilakukan pada 1 pagi kelmarin. Polis juga menahan tunang suspek yang berusia 21 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah dan wang tunai RM 42,000.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu, Superintendan Tium Ming Kun, tindakan suspek itu terbongkar ketika dia ditahan sewaktu berada di tepi jalan kawasan rumahnya dalam keadaan yang mencurigakan.

“Dadah jenis syabu itu ditemukan ditanam di dalam empat lubang di sekitar rumahnya”

Gambar Hiasan

Hasil tangkapan itu, polis turut menyita sebuah kereta Suzuki Swift, motosikal, barangan perhiasan dan wang tunai.

Siasatan mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod kes jenayah dan tiga kes dadah manakala pasangannya tidak mempunyai rekod jenayah.

Saringan ujian air kencing juga dilakukan dan didapati keputusan bagi kedua-duanya negatif. Suspek direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk diberi tindakan selanjutnya.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...