Pasangan Suami Isteri Redah 14 Buah Negara Menuju Ke Makkah Dengan Hanya Berbasikal

Kehidupan

Pasangan Suami Isteri Redah 14 Buah Negara Menuju Ke Makkah Dengan Hanya Berbasikal

Akhir-akhir ini macam-macam perkongsian yang didengar tak kisah dalam bentuk apa sekalipun. Banyak perkongsian yang menjadi inspirasi cukup positif kepada masyarakat sekeliling.

Sebuah perkongsian menerusi akaun Facebook Najmi Farisham menjadi tumpuan warganet dimana dia berkongsi sebuah kisah mengenai sepasang suami isteri pergi ke Makkah dengan hanya berbasikal  bermodalkan permulaan RM 1900.

Advertisement

Pasangan ini merentas 14 buah negara selama 1 tahun 3 bulan sampai ke Makkah untuk melakukan ibadah umrah.

Penat lelah, suka duka pasangan ini ditempuh bersama sepanjang perjalanan mereka antaranya ialah mereka pernah ditahan oleh tentera bersenjata selama 3 hari di Pakistan dan hampir diculik di Afghanistan. 

Namun, dengan izin Allah SWT mereka berjaya sampai ke Makkah dengan selamat.

Pasangan suami isteri ini hanyalah orang biasa dan mereka bukan atlet tetapi mereka mampu untuk mengayuh basikal dan merentas 14 buah negara dengan hanya berbekalkan duit permulaan RM 1900.

Detik-detik perjalanan mereka ke Makkah dengan hanya berbasikal turut dikongsi di laman Youtube yang dimuat naik pada tahun 2019 dan di novel travelog bersiri yang bertajuk Ustazah Basikal.

Sungguh besar usaha pasangan suami isteri ini untuk menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Sumber  

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...