Pasangan Suami Isteri Dicekup Tipu Pakej Pelancongan, Bekas PA Aliff Syukri Ditahan?

Hiburan

Pasangan Suami Isteri Dicekup Tipu Pakej Pelancongan, Bekas PA Aliff Syukri Ditahan?

Sekitar dua minggu lalu, nama usahawan kosmetik terkenal tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri bagai mula disebut-sebut selepas wujud dakwaan yang mengatakan bekas kakitangannya terpalit dengan kes penipuan pakej perlancongan.

Pasangan Suami Isteri Dicekup Tipu Pakej Pelancongan, Bekas PA Aliff Syukri Ditahan?

Advertisement

 

Bagaimanapun, Aliff  kini tampil memaklumkan bahawa beliau langsung tidak mahu dikaitkan dengan pihak berkenaan.

Lebih mengejutkan, media melaporkan pasangan yang ditahan itu merupakan pengasas kepada syarikat I&I Paradise Venture.

Sebelum ini, bekas pembantu Aliff itu mula tular selepas banyak yang mendakwa syarikat I&I Paradise Venture memperdaya orang ramai dengan menjual pakej percutian palsu.

Hal ini demikian kerana, sekitar 25 September lalu, suspek yang merupakan pasangan suami isteri itu telah ditahan susulan beberapa laporan berhubung penipuan pakej pelancongan oleh yang sama.

Menurut Muhammad Yazid Muhammad Yew selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, hasil siasatan mendapati, syarikat yang diasaskan oleh kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu bermula sejak 13 September lalu.

Pasangan Suami Isteri Dicekup Tipu Pakej Pelancongan, Bekas PA Aliff Syukri Ditahan?

Kredit – Gempak

“Kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,”

Difahamkan seramai 519 individu menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan didalangi suami isteri tersebut dengan jumlah kerugian lebih RM611,000.

“Laporan tertinggi diterima di daerah Sungai Buloh dengan 30 laporan membabitkan 63 mangsa dengan jumlah kerugian sebanyak RM26,193. Jumlah kerugian tertinggi dicatatkan RM261,269 menerusi tujuh laporan polis oleh tujuh mangsa di Ampang Jaya.”

Katanya lagi, sebanyak 10 laporan polis membabitkan 194 mangsa diterima polis daerah Petaling Jaya dengan jumlah kerugian sebanyak RM232,110 telah dilaporkan.

Tidak ketinggalan, polis daerah Kajang juga khabarnya telah menerima empat laporan membabitkan 204 mangsa dengan kerugian sebanyak RM48,929, malah di daerah Gombak pula mencatatkan tujuh laporan yang membabitkan 26 mangsa dengan jumlah kerugian mencecah RM15,430.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...