Pasangan Suami Isteri Dedahkan Kisah Di Sebalik Pemilihan Nama ‘Alhamdulillah Rezeki Hari Ini’ Untuk Anak Mereka

Kehidupan

Pasangan Suami Isteri Dedahkan Kisah Di Sebalik Pemilihan Nama ‘Alhamdulillah Rezeki Hari Ini’ Untuk Anak Mereka

Sudah menjadi trend untuk ibu bapa muda kini memberikan nama yang unik untuk anak mereka. Kalau sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara pernah mengumumkan nama terpanjang yang pernah didaftarkan dan melarang ibu bapa mendaftarkan nama anak yang baru dilahirkan melebihi 80 aksara.

Pasangan suami isteri dari negara seberang, Indonesia ini tampil dengan naam yang cukup unik untuk anak mereka yang baru dilahirkan. Bayi mereka didaftarkan atas nama ‘Alhamdulillah Rezeki Hari Ini’ mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Advertisement

Menjadi manusia bersyukur

bayi alhamdulillah

Pasangan suami isteri, Didit Saputro dan Meidiana dari Yogjakarta ini selamat menerima kelahiran anak mereka pada September 2019 yang lalu. Berikutan nama unik itu, mereka menjelaskan sebab-sebab nama tersebut dipilih untuk anak mereka.

Nama tersebut diberikan untuk dijadikan peringatan supaya mereka sentiasa bersyukur. Sebelum menimang cahaya mata, mereka hidup dalam keadaan yang mewah tetapi tidak pernah bersyukur dengan rezeki yang ada. Menurut Didit, dia bekerja sebagai jurugambar profesional dan mempunyai perniagaan sendiri.

Dia sering mendapat bayaran yang tinggi untuk khidmatnya sebagai jurugambar dan mendapat permintaan dari seluruh Jakarta. Semasa tahun kedua perkahwinan mereka, dia diserang penyakit strok dan mengakibatkan tangan dan kakinya sukar untuk digerakkan.

Terima bayaran lumayan

jurugambar

Sekadar gambar hiasan

Semasa dirinya diuji dengan penyakit strok, dia menerima satu tawaran yang mahukan khidmatnya di Bali. Oleh kerana menerima bayaran lumayan kira-kira RM25,000, dia menyangkakan kliennya itu adalah dari golongan orang kaya.

Namun siapa sangka, klien yang disangka dari keluarga kaya itu hanyalah pemuda daripada keluarga biasa. Malah, pemuda itu membayar khdimatnya dengan menggadaikan tanah orang tuanya.

Kejadian itu menyentuh hatinya dan dia menawarkan untuk memberikan diskaun namun ditolak oleh pemuda itu. Didit kemudian meminta pemuda itu mencari rumah saudaranya saja untuk dia tinggal sementara di situ. Daripada situ lah, dia belajar erti bersyukur dan mula hargai kemewahan yang ada.

bayi alhamdulillah

Anehnya, sepanjang berada di sana, kedua kaki dan tangannya elok sahaja dan seperti tidak mengalami strok. Dia kemudian terus sembuh dari strok dan kembali seperti keadaan biasa. Tetapi pada tahun 2018, isterinya pula diuji sehingga kakinya patah.

Setelah puas berusaha, kami bertemu dengan pakar tulang serta tukang urut dan isteri saya berjaya disembuhkan. Kami kemudian dikhabarkan bahawa isteri saya sukar hamil kerana ada masalah saraf.

Pasangan ini pernah mendapatkan rawatan secara tradisional dan moden namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah pada Febuari 2019, isterinya disahkan hamil 9 minggu. Ketika yang lain bertanyakan pemilihan nama unik anaknya itu, dia hanya menjawab ‘supaya tidak menjadi seperti bapanya’, merujuk kepada kisah hidupnya dahulu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...