Pasangan Suami Isteri Dan 2 Ekor Anjing Mati Dikelar

Trending

Pasangan Suami Isteri Dan 2 Ekor Anjing Mati Dikelar

Sepasang suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Cheras di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata kedua-dua mangsa warga tempatan berumur 32 tahun itu ditemui mati dalam bilik tidur.

Advertisement

“Polis turut menemui dua ekor anjing milik mangsa yang turut mati akibat dikelar di leher,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin ada kaitan dengan cubaan membunuh diri lelaki itu yang dikatakan berlaku pada 10 malam tadi.

Polis turut menemui sebilah ‘pen knife’ berhampiran mayat lelaki itu, kata Mohan sambil menambah pemeriksaan pada kedua-dua mayat mendapati terdapat kesan kelar antara 10 hingga 15 sentimeter di bahagian leher.

Beliau berkata polis mendapati tiada unsur jenayah berlaku di tempat kejadian, namun punca sebenar insiden masih disiasat.

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat hari ini,” katanya sambil memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...