Pasangan Ini Menamakan Anak Lelaki Mereka ‘Google’

Kehidupan

Pasangan Ini Menamakan Anak Lelaki Mereka ‘Google’

Ramai keluarga percaya nama yang diberikan kepada anak akan mencorakkan diri mereka dan menjadi diri mereka lebih baik ataupun bermanfaat pada masa depan.

Di Indonesia, menurut kepercayaan sepasang suami isteri mereka telah menamakan bakal anak lelaki dengan teknologi terkini agar berguna kepada penduduk di dunia.

Pasangan yang berasal dari Indonesia, Ella Karin dan Andi Cahya Saputra memilih nama berasaskan teknologi untuk anak kedua mereka.

Advertisement

Setelah berbincang, mereka meletakkan nama bayi lelaki mereka ‘Google’.

Menurut kepercayaan agama, kami berfikir untuk meletakan nama para nabi, dan jika nama yang biasa digunakan oleh orang, kami cadang letak nama Albar Dirgntara Purta.

‘Google’ telah dilahirkan pada 30 November 2018 dan anak pertama lelaki dalam keluarga tersebut yang menggunakan nama dari teknologi terkenal, manakala kakak sulungnya hanya menggunakan nama Indonesia.

“Nama anak hanya Google. G-o-o-g-l-e, hanya satu patah perkataan.

Andi berkata, beliau telah terfikir untuk letak nama anaknya dari teknologi sekarang semasa kandungan berusia 7 bulan, namun masih pening untuk memikirkan nama mana yang sesuai.

Bapa kepada Andi tidak bersetuju dengan nama yang ingin diberikan kepada anaknya. Apabila sijil lahir dikeluarkan, beliau menyarankan agar Andi meletakkan nama ‘Google’ sebagai nama terakhir.

Tetapi saya tidak mahu kerana nama ini punya maksud tersendiri.

Pak(ayah beliau) Google ada maksud yang tersendiri, ini kerana saya berharap Google dapat membantu ramai orang dan menjadi manusia yang berguna.

Saya berharap anak lelaki saya akan menjadi seorang pemimpin yang akan memimpin dengan baik.

Di Indonesia sudah menjadi kebiasaan penduduk mereka menggunakan nama-nama yang unik contohnya,  ‘Go-Pay’ dan ‘Pajero Sport’.



Siapa dekat sini nama dia unik sangat? Cuba kongsikan sikit.

Sumber: COCONUTS JAKARTA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...