“Pasangan Paling Tak ‘Problematic'” – Engku Emran Dan Erra Fazira Kongsi Momen Hadiri Majlis Graduasi Engku Aleesya

Hiburan

“Pasangan Paling Tak ‘Problematic'” – Engku Emran Dan Erra Fazira Kongsi Momen Hadiri Majlis Graduasi Engku Aleesya

Bekas suami kepada pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira iaitu Engku Emran, berkongsi rasa bangga apabila anak tunggal mereka, Engku Aleesya, menamatkan pengajian sekolah menengah dengan keputusan cemerlang.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Aleesya dilihat berada di atas pentas bagi menerima sijil keputusan peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) baru-baru ini.

Advertisement

Engku Emran meluahkan rasa syukur dan bangga melihat namanya dipaparkan bersebelahan nama anak kesayangannya di skrin utama.

Engku Emran erra fazira

Bila kau nampak nama kau di sebelah nama anak… Cantik macam ayah dan pandai macam mak.

Dalam masa sama, Emran turut berseloroh menyifatkan dirinya sebagai ‘software provider’ manakala Erra Fazira pula ‘hardware provider’.

Engku Emran dan Erra Fazira mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai pada Februari 2014.

Terdahulu, Emran turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Aleesya yang memperoleh keputusan 7A, sekali gus menjadikan momen itu antara detik paling bermakna buat dirinya sebagai seorang bapa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aslam beli 3 iphone 17
2025-09-20 13:14:57

"Bukan Biasa-Biasa" - Abang Tesla Dedah Aslam 'Sambar' 3 Buah iPhone 17 Untuk Marissa Dan Umisya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...