Pasangan Muda Ditangkap Khalwat, Beri Alasan Mahu Bincang Tentang Masa Depan – “Kekasih Nak Pergi Sambung Belajar”

Kehidupan

Pasangan Muda Ditangkap Khalwat, Beri Alasan Mahu Bincang Tentang Masa Depan – “Kekasih Nak Pergi Sambung Belajar”

Pemeriksaan dilakukan penguatkuasa daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah hotel di daerah Pontian telah membawa kepada tangkap khalwat satu pasangan muda.

Difahamkan, dalam operasi yang dijalankan secara berkala itu seorang lelaki berusia 26 tahun telah ditahan di sebuah bilik hotel terbabit bersama wanita berumur 18 tahun.

Advertisement

Ketika disoal siasat oleh penguatkuasa selepas serbuan pada jam 12.05 tengah malam itu, mereka menjawab wanita berkenaan akan sambung belajar selepas mendapat keputusan cemerlang.

Oleh kerana lepas ni mereka akan berpisah jauh, maka mareka berdua bermalam di hotel untuk berbual panjang katanya. Tajuk perbualan itu adalah masa depan mereka berdua selepas berjauhan nanti.

 

Pegawai JAINJ kemudian menahan pasangan itu yang dilaporkan akan dituduh di Mahkamah Syariah yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 27.

Meskipun penangkapan itu dilakukan pada Julai namun hantaran itu kembali tular dan boleh dijadikan pengajaran untuk semua masyarakat.

Akaun Penguatkuasa JAINJ 2025 itu dilihat aktif mengemas kini hantaran berhubung kes tangkap khalwat di sekitar negeri berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pasangan khalwat dibuang kerja
2025-07-31 15:43:36

Viral Kes Dicekup Khalwat, Dua Doktor Muda Mungkin Dibuang Kerja - "Ketika Ini Mereka Berdua Masih Bertugas"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...