Pasangan Mempelai Pencinta Reptilia, Ular Sawa Jadi Pilihan Mas Kahwin

Dunia

Pasangan Mempelai Pencinta Reptilia, Ular Sawa Jadi Pilihan Mas Kahwin

Perkahwinan merupakan impian setiap insan di muka bumi ini, betul tak? Sebagai syarat, mas kahwin merupakan pemberian harta kepada pasangan yang berbentuk emas, atau tunai.

Namun, lain pula ceritanya mengenai pasangan mempelai di Bogor yang memecah tradisi apabila si suami menjadikan ular sawa yang berukuran satu meter itu, sebagai mas kahwin.

Advertisement

Nak jadi cerita, pengantin lelaki yang bernama Sigit Agus Setiawan menghadiahkan haiwan reptilia itu kepada isteri tercinta ketika hari majlis perkahwinan mereka.

Sebelum mereka berkahwin, Tiara Puspita, isteri kepada Sigit ada mengunjungi pameran reptilia dan mengakui sangat teruja melihat pertunjukan itu.

“Ketika datang ke pameran, saya suka seekor ular situ”

Sang suami kemudiannya membeli ular sawa itu dengan harga 2.7 juta rupiah ataupun RM 773 untuk menjadikannya mas kahwin mereka nanti. Unik!

Namun, isterinya Tiara tidak tahu-menahu mengenai pemberian mas kahwin ular tersebut.

Setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya mereka bersetuju selepas diterangkan satu-persatu. Mujur mereka faham ya.

Sumber Tribunnews

Menyingkap momen percintaan mereka terjalin, rupanya pasangan ini menyimpan hobi yang sama iaitu pencinta reptilia.

Perkahwinan unik ini telah berlangsung di Kampung Pasir Jambu, Sukaraja, Bogor. Bukan itu sahaja, haiwan reptilia itu juga turut dipamerkan kepada tetamu yang hadir. Yelah, dah beli mahal-mahal, takkan simpan pula.

Rata-rata jiran di kawasan tersebut agak terkejut dengan keunikan mas kahwin mereka, heboh satu kampung dari yang jauh sampailah depan rumah.

“Jiran dari yang jauh dan dekat berkata mengenai mas kahwin ular tersebut”

Sumber : Google

Gambar Hiasan

Pun begitu, Sigit akui bahawa ular itu bukan merupakan mas kahwin rasmi, sebaliknya dia terlebih dahulu menyediakan cincin dan kelengkapan solat untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

Kini, ular tersebut merupakan haiwan reptilia belaan mereka sebagai tanda janji suci yang telah menyatukan mereka. Alahai, betul-betul sweet ni.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...