Pasangan popular Bella Astillah dan Syed Saddiq sekali lagi menjadi tumpuan apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Selebriti Couple Goals Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 yang berlangsung di PICC, Putrajaya.
Mereka berjaya menewaskan pasangan lain seperti Ayda Jebat & Nabil Mahir, Fattah Amin & Amira Othman, serta Fasha Sandha & Aidil Aziz.
Bella menyifatkan kemenangan itu sebagai rezeki dan hasil sokongan peminat. Katanya,
Saya tahu ada yang rasa pasangan berkahwin lebih layak, tapi ini rezeki kami. Terima kasih kepada semua yang mengundi.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi,
Kami bersyukur kerana ramai yang menyokong dan ambil berat tentang kami. Sebenarnya, semua pasangan yang tercalon jauh lebih ‘sweet’ daripada kami.
Syed Saddiq pula merendah diri dengan menyatakan bahawa dia hanya pelengkap kepada kejayaan Bella, sambil menyifatkan Bella sebagai wanita kuat dan mengagumkan.
Menurut Bella lagi, mereka tidak menjadikan populariti sebagai matlamat utama, sebaliknya berharap hubungan mereka dapat memberi inspirasi dan impak positif melalui kolaborasi bersama jenama serta mesej yang dibawa kepada masyarakat.