Pasangan Kekasih Dipercayai Berkhalwat, Teman Lelaki Sanggup Rentas Daerah Jumpa Teman Wanita

Trending

Pasangan Kekasih Dipercayai Berkhalwat, Teman Lelaki Sanggup Rentas Daerah Jumpa Teman Wanita

Demi bertemu dengan sang kekasih, seorang lelaki sanggup merentas daerah dari Seberang Perai Tengah ke Seberang Perai Utara sebelum kedua-duanya ditahan polis kerana dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium, malam tadi.

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan dalam lingkungan 20-an itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan berhubung kegiatan itu ketika mengadakan operasi pematuhan SOP.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor pasangan tersebut diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) untuk siasatan lanjut.

“Berikutan kesalahan merentas daerah, kompaun RM 5,000 telah dikeluarkan daripada pihak polis ke atas lelaki berkenaan dan pasangan tersebut ditahan untuk siasatan JAINPP.”

Dalam operasi tersebut juga, polis mendapati masih ramai lagi yang ingkar untuk patuh terhadap SOP dimana berkumpul tanpa penjarakan fizikal dengan melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...