Pasangan Kekasih Bersama Dadah Lebih RM16,000 Ditahan Polis Ketika Tunggu Pelanggan

Kehidupan

Pasangan Kekasih Bersama Dadah Lebih RM16,000 Ditahan Polis Ketika Tunggu Pelanggan

Pasangan kekasih ditahan polis kerana memiliki dadah bernilai lebih RM16,000 di kawasan hutan belukar di Lorong Paya Sum, Sungai Udang awal pagi tadi.

Mereka ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Melaka Tengah pada jam 6.10 pagi ketika sedang menunggu pelanggan untuk mendapatkan bekalan.

Advertisement

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superintendan Zulkiflee Rashid, hasil pemeriksaan dilakukan menjumpai satu bekas berwarna kelabu yang berisi paket plastik lut sinar dipercayai dadah.

“Lapan paket dipercayai dadah jenis heroin dan 17 paket disyaki dadah syabu yang berat semuanya lebih 200 gram dengan anggaran harga bernilai RM16,300”.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing juga mendapati kedua-dua mereka positif dadah.

“Semakan juga mendapati suspek lelaki yang berusia 46 tahun dan berstatus duda itu mempunyai 11 rekod lampau membabitkan kesalahan dadah, tetapi remaja perempuan itu tiada kesalahan lampau”.

JENAYAH DADAH

Tambah Zulkiflee, selain dadah, sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC juga turut dirampas.

“Kedua-dua mereka kini direman tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama”.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...